duit diut hehe

Sunday, 31 March 2013

breaking news!!!Lelaki ini sudah menyerah diri dan mengaku memberi bantuan kewangan kepada sultan sulu



KUALA LUMPUR 1 April - Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.

Beliau, yang memakai baju Melayu merah dan berserban, hadir bersama lebih 10 orang kenalannya di balai polis itu pada 11.05 pagi tadi.

Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak polis, Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 Sept tahun lalu.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu.

"Saya tidak kenal pun Jamalul Kiram," katanya.

Muhammad Ridzwan menyerah diri hari ini berikutan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib semalam yang memintanya menyerah diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran.

Hamza berkata Muhammad Ridzwan, yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, boleh membantu pihak polis dalam siasatan mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu pada 12 Feb lepas. - BERNAMA

Kempen anti-Islam di Myanmar(selamatkan la kami umat islam dimana sahaia)

gambar hiasan


BANGKOK 31 Mac - Selepas dua tahun kerajaan junta menyerahkan kuasa, Myanmar kini berdepan peningkatan gerakan pelampau agama yang disifatkan sebagai 'provokasi' anti-Islam, termasuk golongan sami Buddha, yang radikal.

Sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh, manakala banyak masjid serta kediaman penduduk Islam dimusnahkan sejak empat hari lalu di tengah Myanmar dalam gelombang keganasan yang disifatkan saksi sebagai terancang.

"Jelas terdapat beberapa ejen provokasi dengan agenda radikal anti-Islam yang berpangkalan di negara ini, termasuk penceramah sami Buddha yang berpengaruh dan tidak bertoleransi serta anti-Islam.

"Terdapat juga kaedah sistematik dan teratur untuk memusnahkan kediaman penduduk Islam," kata Jim Della-Giacoma, pakar Myanmar dan ahli pemikir Kumpulan Krisis Antarabangsa.

Sami yang pernah menjadi barisan depan dalam pergerakan pro-demokrasi dan dihormati di negara yang majoriti penduduknya beragama Buddha ini turut terlibat dengan pergolakan etnik di negara ini.

Beberapa golongan sami terlibat dalam keganasan itu, manakala yang lainya menyebarkan gerakan untuk memusnahkan kedai milik penduduk Islam dan hanya membeli di kedai milik penganut Buddha yang dikenal pasti dengan pelekat tertera nombor '969' yang menjadi simbol kepada kempen itu.

"Apabila keuntungan diberikan kepada musuh, kewarganegaraan kita, bahasa dan agama, semuanya akan terjejas.

"Mereka akan mengambil anak gadis kita dan memaksa mereka memeluk Islam. Anak-anak mereka yang dilahirkan pula akan membawa bahaya kepada negara. Mereka juga akan memusnahkan bahasa, selain agama kita," kata seorang sami dari Mandalay, Wirathu dalam ucapannya yang dimuat naik di Internet.

Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi hak asasi ke Myanmar, Tomas Ojea Quintana berkata, keengganan pasukan keselamatan menghentikan ketegangan itu menunjukkan kemungkinan kerajaan turut terlibat.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu berkata, menteri-menteri dari negara anggota OIC akan bermesyuarat pada 14 April ini bagi membincangkan keganasan berdarah ke atas penganut Islam di Myanmar.

Menurut beliau, mesyuarat yang akan dihadiri oleh menteri-menteri luar negara anggota OIC yang akan diadakan di Jeddah, Arab Saudi.

Dalam pada itu, satu kenyataan daripada OIC berkata, Ihsanoglu yang menghadiri mesyuarat tentang keganasan ke atas Rohingya berkata, pertubuhan itu 'telah bersedia untuk mengambil langkah perlu dan bertindak menangani masalah itu'. - AGENSI-utusan


pertempuran sesama islam!!! syria(pemberontak VS kerajaan)



BEIRUT 1 April - Pertempuran sengit antara pemberontak Syria dengan tentera kerajaan menyebabkan penduduk di daerah Sheikh Maqsud, Aleppo beramai-ramai meninggalkan kediaman mereka.

Pengarah Pertubuhan Pemantau bagi Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman berkata, ramai penduduk meninggalkan Sheikh Maqsud selepas bedilan tentera mengenai kawasan itu dan menyebabkan beberapa rumah rosak.

"Beratus-ratus kereta kelihatan membawa ahli keluarga mereka me ninggalkan daerah itu," kata Abdel Rahman.

Pertempuran sengit tercetus di kawasan strategik yang didominasi puak Kurdis itu sejak kelmarin selepas tentera cuba menghalang kemaraan pemberontak ke kawasan tersebut.
Sheikh Maqsud terletak di atas bukit dan dari kawasan itu keseluruhan bandar Alleppo dapat dilihat. - AFP-utusan


Imam masjid di tembak di iraq(sesama muslim berbunuhan kerana berlainan puak!! bangang)


BAGHDAD: Seorang lelaki bersenjata menembak mati seorang imam dan dua lagi di luar sebuah gerai menjual gula-gula di Bandar Fallujah. 

Seorang pegawai polis berkata, lelaki berkenaan menembak mati imam Masjid Al-Baraa, Sheik Talib Zuwayid bersama anak saudaranya dan seorang lagi lelaki dalam serangan yang berlaku semalam. 

 Zuwayid adalah salah seorang penganjur tunjuk perasaan mingguan untuk pengikut Sunni ke atas pengikut Syiah sejak tiga bulan lalu. 


Polis bagaimanapun berkata, tidak dapat dipastikan sama ada serangan itu ada kaitan dengan tunjuk perasaan yang diadakan. - AFP -berita harian

Saturday, 30 March 2013

Anjing laut berenang tanpa satu sirip



MYSTIC, Connecticut - Seekor anjing laut betina yang berusia lapan bulan berenang dengan menggunakan hanya satu sirip belakang di sebuah kolam di Akuarium Mystic di sini.
Anjing laut itu yang bernama Pup 49 diselamatkan pada Julai 2012 selepas ditemui di sebuah pantai di Plymouth, Massachusetts untuk dirawat.
Satu daripada dua sirip belakang haiwan itu terpaksa dipotong bagi mengelakkan jangkitan kuman tersebar di seluruh badannya.
Kuman itu menjangkiti haiwan itu selepas ia cedera kerana diserang singa laut dewasa. - Agensi


Bajau Palahu dulu di laut, kini di darat




SAAT terpandang sekumpulan anak kecil bermain di laut, terlintas di fikiran penulis untuk bertanya kepada pengemudi bot asal-usul kumpulan anak kecil itu. Namun belum sempat penulis bertanya, pemandu bot itu seolah-olah dapat membaca fikirannya terus berkata, itulah perkampungan orang Bajau Laut.
Terdetik rasa kagum penulis melihat perkampungan Bajau Laut yang turut dikenali Bajau Palahu. Rumah mereka didirikan di atas air berhampiran pantai yang dihubungkan titi kayu yang kelihatan berselirat.
Aktiviti manusia juga jelas dengan anak kecil dalam lingkungan umur antara 4 hingga 8 tahun sudah pandai menunjukkan kehebatan berenang di laut, manakala golongan remajanya mahir mengendalikan perahu dan bot ikan. Masyarakat Bajau Laut merupakan golongan nomad laut yang hidup di laut terbuka, tetapi kini beralih kepada kehidupan ke darat selaras dengan arus permodenan.
Di sebuah perkampungan Bajau Laut, yang dikenali sebagai Singamata dengan jumlah 100 penduduk dan diasaskan sejak ratusan tahun lalu, penulis mendapati, walaupun masyarakat ini hidup berpindah dekat ke daratan namun kehidupan mereka masih bergantung kepada laut.
Hidupan laut
Penghuninya bergantung kehidupan kepada hasil laut. Mereka sangat berdikari dan tidak mengharapkan bantuan daripada suku kaum lain.
Menurut seorang penduduk kampung Kapita Masta, 36, rata-rata penduduk Bajau Laut bergantung kepada hidupan laut. Ada antara mereka yang berjinak-jinak dengan industri ternakan ketam dan perusahaan rumpai laut.
Lelaki sasa berkulit gelap itu mewarisi perusahaan rumpai laut keluarga sejak sedekad lalu yang menjadi sumber mata pencariannya.
“Dalam sebulan saya memperoleh pendapatan antara RM2,000 dan RM3,000, itu sudah memadai bagi kami,” katanya kepada penulis melalui seorang jurubahasa.
Menurut Kapita, rata-rata masyarakat Bajau Laut sudah berhijrah dan tidak tinggal di perkampungan di tengah-tengah laut. Sebaliknya mereka mendirikan perkampungan air seperti di Kampung Bangau-Bangau dan Kampung Halo.
Jika sebelum ini kebanyakan masyarakat Bajau Laut lebih selesa tinggal di perkampungan di tengah laut dan menjalani kehidupan seharian di bot-bot atau perahu kecil, kini trend itu semakin pudar.
Dengan inisiatif kerajaan, masyarakat Bajau Laut di beberapa pulau di Semporna telah berhijrah ke perkampungan air yang didirikan kerajaan.
Kepada Sani Jon, 21, yang menetap di perkampungan Bangau-Bangau sejak berusia 11 tahun, kehidupan lampau keluarganya yang membina penempatan di tengah laut berhampiran Pulau Bum Bum kini tinggal sejarah.
Sani turut menceritakan cara beliau diasuh oleh bapanya mengikut tradisi orang Bajau Palahu.
Semasa berumur tiga tahun dia dicampak oleh bapanya ke tengah laut untuk belajar berenang.
“Itu merupakan tradisi orang Bajau Laut. Mereka akan membiarkan anak-anak mandi di tengah laut, saya jamin kebanyakan orang Bajau Laut memang pandai berenang,” ujarnya.
Menurut Sani, apabila umurnya mencecah 10 tahun beliau diajar oleh bapanya untuk mengendalikan perahu dan bot kecil bertujuan menangkap hasil laut.
Kebanyakan orang Bajau Laut kurang mementingkan pendidikan sebaliknya lebih memfokuskan kepada tradisi yang diwarisi daripada nenek moyang mereka.
Sani sendiri menjadi nelayan seawal usia 17 tahun selepas kematian bapanya, sekali gus mengambil alih tugas untuk menyara keluarga.
Sementara itu, semasa meninjau perkampungan Bangau-Bangau, penulis sempat melihat beberapa penduduk yang terdiri daripada masyarakat Bajau Laut yang gigih membaik pulih jambatan usang selain membantu membaiki bumbung rumah yang rosak.
Jirikun Borneo, 54, memberitahu, perkampungan air Bangau-Bangau yang dibangunkan sejak 25 tahun lalu membayangkan evolusi yang dilalui masyarakat Bajau Laut itu sendiri.
Ketika diajukan pertanyaan oleh penulis mengenai mitos masyarakat Bajau Laut naik ke darat, kebanyakan mereka akan mengalami pening kepala dan loya, Jirikun tidak menyangkal dakwaan itu.
Beliau menceritakan pengalamannya dan beberapa penduduk asal Kampung Bangau-Bangau ketika berhijrah ke perkampungan baharu itu, beliau mengalami sakit kepala yang teruk dan sering muntah-muntah.
“Semasa tiba di daerah Semporna, saya berjalan terhuyung-hayang, lepas itu saya turut mengalami pening kepala yang amat teruk selama sebulan,” katanya.
Dengan peralihan masa, masyarakat Bajau Laut boleh menerima pembangunan di samping tinggal di darat lalu meninggalkan warisan mereka sebagai nomad laut. – Bernama & kosmo


Korea Utara siap sedia serang AS (berani sungguh)



SEOUL - Media Korea Utara semalam menyiarkan dua keping gambar yang menunjukkan rancangan negara itu untuk menyerang negara Amerika Syarikat (AS).
Kedua-dua gambar itu menunjukkan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang berusia dalam lingkungan 30-an duduk di tepi sebuah meja yang dipercayai di dalam sebuah bilik operasi ketenteraan.
Gambar-gambar itu dirakamkan oleh agensi berita Korean Central News Agency yang melaporkan satu mesyuarat diadakan melibatkan Jong-un dengan beberapa pemimpin tentera.
Jong-un mengarahkan roket-roket berada dalam keadaan bersiap sedia untuk melancarkan serangan ke atas AS dan pangkalan-pangkalannya di rantau Pasifik.
Salah satu gambar itu menunjukkan terdapat peta yang menyatakan tajuk rancangan untuk menyerang negara AS.
Sementara itu, berpuluh-puluh ribu anggota tentera dan orang awam berhimpun di Pyongyang bagi memberi sokongan kemungkinan serangan ketenteraan dilancarkan ke atas AS.
Perhimpunan itu diadakan di Dataran Kim Il-sung yang dihadiri oleh askar-askar, bekas anggota tentera, pekerja dan pelajar yang memakai pakaian seragam tentera.
Bagaimanapun, pemimpin Jong-un tidak hadir pada perhimpunan itu.
Kelmarin, Tentera AS menghantar dua buah pesawat kalis radar B-2 Stealth yang boleh membawa senjata nuklear terbang di ruang udara Korea Selatan bagi menunjukkan kesediaannya untuk menghadapi sebarang serangan Korea Utara.
Korea Utara mengancam untuk menyerang AS dan Korea Selatan selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melakukan sekatan barangan mewah ke negara itu setelah rejim Pyongyang melancarkan ujian nuklear ketiga pada bulan Februari lalu.
Jong-un menjadi pemimpin Korea Utara selepas kematian bapanya, Kim Jong-il pada April tahun lalu. - Agensi


hari ni sedih sangat

hari ni aku sedih sangat tak tertahan..hari-hari aku ingat baby aku yang dua orang meninggal. 1 dalam perut dan 1 lagi sewaktu dia di lahir kan..aku sempat dengar suara nya..anak aku sepasang..tuhan belum mau bagi aku rezeki anak lagi. aku di uji ...

kenapa aku suka Busuk.Org

Kenapa aku suka busuk sebab antara semua ping Aggregator di malaysia ni busuk.org la yang paling bagus.pendek kata tak banyak song le...log in lg bagus guna facebook je.

Peraturannya pun tak ketat biasa-biasa je cuma letak Widget je kat blog kita..

berapa banyak artikel pun korang letak tak menjadi masalah..yg penting bukan artikel lucah.

yang best nya lagi tentang Busuk.Org ni artikel senang nak masuk..paparan pun senang kita nak cari benda yang kita nak cari..

kita boleh letak apa je tajuk yang menarik pembaca..termasuk la gambar jelas sekali untuk dilihat..

yang bestnya juga Busuk.org ni  tidak papar kan nama blog..jd tak la blog yang popular je baru orang baca.blog yang baru bernafas pun berkelebihan mendapat trafik.

dah sebulan aku guna Busuk ni alhamdulilah unik visit pun meningkat..tQ Busuk.org

Pokok ni pelik seakan akan
















Friday, 29 March 2013

Vedio Manusia terhebat di dunia



Thanks for watching







10 waktu digalakan berselawat


1) sesudah laungan azan

2) ketika hendak masuk dan keluar dari masjid

3) dalam solat jenazah

4) sewaktu membaca takhiyat akhir solat

5) pada awal dan akhir doa

6) Dalam Takbir-takbir raya

7) pada malam dan siang hari jumaat

8) dalam kutbah dan dalam bacaan doa qunut

9) ketika orang menyebut nama rasulallah s.a.w

10) Dalam majlis ilmu,ketika susah,sakit dan sebagainya

Bayi sujud dalam kandungan mendengar alunan al-Quran




subahanallah dari Dia kita datang dari Dia juga la kita kembali




10 rapper islam di dunia



Dan berikut 10 rapper dunia yang beragama muslim seperti dipetik dari Yahoo! OMG:

1. akon
Rapper papan atas dunia ini juga adalah seorang muslim. Akon pun menghindari minuman keras kerana taat pada peraturan agama.

2. Snoop Dogg
Melihat ulahnya yang sering membuatnya berurusan dengan pihak berwajib, Snoop Dogg sepertinya bukan orang yang reiligius. Namun ia bergabung dengan Nation of Islam tahun 2009.

3. mos Def
Rapper yang juga dikenali sebagai pelakon ini menjadi mualaf tahun 1992 saat usianya 19 tahun.

4. Busta Rhymes
Busta Rhymes memeluk agama Islam sejak tahun 2007.

5. ice Cube
Rapper ini memeluk Islam sejak tahun 1990.

6. lupe Fiasco
Rapper bernama asli Wasalu Muhammad Jaco ini sering berbicara membela Islam baik di depan awam mahupun melalui lirik lagunya.

7. T-Pain
Rapper bernama asli Faheem Rasheed Najm ini dilahirkan dalam keluarga Muslim, namun ia sendiri mengaku tidak beragama.

8. Ghostface Killah (personel Wu-Tang Clan)
Rapper ini memeluk agama Islam Sunni.

9. nas
Meski gaya hidupnya glamor, rapper yang dekat dengan Jay Z ini dikenali sebagai muslim yang beragama.

10. Raekwon (personel Wu-Tang Clan)
Ia memeluk Islam sejak tahun 2009 dan melakukan beberapa wawancara di media massa tentang agamanya.

Thursday, 28 March 2013

Terhot!!!angota polis yang terselamat serangan mortar menceritakan pengalaman detik itu(azman,Tarmizi,Qaiyyum) gambar



IPOH: Semangat bantu membantu di kalangan para pejuang negara ketika menghadapi serangan pengganas Sulu di Lahad Datu adalah tinggi.

Mereka sentiasa bersedia untuk menolong rakan-rakan sepasukan yang menghadapi kesulitan ketika menentang musuh sehingga ada yang terkorban.

Semangat pengorbanan dan keberanian ini diceritakan tiga anggota pasukan Komando VAT69 yang tercedera semasa menentang musuh di Ladang Tanduo.

Mereka ialah Koperal Azman Ampong, 39, Koperal Mohd Tarmizi Hashim, 32, dan Konstabel Mohammad Qaiyum Aiqal Zolkifli, 22, antara yang diraikan malam kelmarin pada majlis meraikan para wira polis peringkat negeri Perak yang menyertai Operasi Daulat.

Koperal Azman menceritakan mereka dibahagikan kepada empat kumpulan — Alpha, Bravo, Charlie dan Delta untuk mengepung kawasan berkenaan bagi mengelak pengganas daripada menceroboh ke kawasan lain.
"
Dalam kejadian pagi itu, musuh berada di sekeliling kami. Saya dan Tarmizi dari kumpulan Charlie manakala Qaiyum 
dari kumpulan Delta. Ikut perancangan asal, pasukan Bravo dan Charlie adalah unit gempur.

“Semasa serangan berlaku, mereka (pengganas) hanya nampak saya dan Tarmizi kerana kami berada di barisan hadapan yang jarak antara pokok kelapa sawit, tempat kami berlindung dengan mereka yang berada di hadapan, hanya selang tiga pokok sahaja.

“Ketika saya dan Tarmizi berlindung di sebalik pokok yang sama, saya terkena tembakan pada bahagian kanan sementara Tarmizi pada bahagian kiri.

“Apabila tangan kiri Tarmizi mengenai tembakan, pelurunya pula telah habis dan dia tidak boleh menukar peluru. Dan semasa saya minta dia berundur ke belakang, saya terkena tembakan di bahagian belakang,” katanya.

Azman berkata kemungkinan besar rakan mereka Allahyarham ASP Zulkifli Mamat ditembak musuh ketika mahu mengambil alih tempat Tarmizi yang berundur ke belakang.

“Kemungkinan arwah nampak Tarmizi mahu keluar dan dia ingin ambil alih tempat Tarmizi kerana dia berada di bahagian belakang. Saya lihat dia terbaring menghadap saya dan keadaan badannya terkeluar dari lindungan pokok … seperti dia mahu menuju ke arah saya,” katanya.

Mohd Tarmizi pula berkata, beliau masih ada kekuatan selepas terkena tembakan.
“Saya masih teringat cara musuh serang dan tembak sebab jarak antara saya dengan musuh tidak jauh,” katanya.

Bagi Mohammad Qaiyum, beliau yang berada dalam kumpulan Delta terkena tembakan curi ketika mahu membantu rakan-rakan dari pasukan lain.

“Kami berada dalam kumpulan berasingan dan mempunyai tugas masing-masing.

Ketika kumpulan Bravo dan Charlie diserang, saya yang berdekatan dengan mereka datang membantu.

“Saya ditembak curi dan hampir terkorban. Saya terhutang budi dan nyawa kepada rakan yang selamatkan saya kerana mereka sanggup ke hadapan untuk keluarkan saya walaupun mereka tahu yang mereka juga berada dalam keadaan 
bahaya,” katanya.

Kesemua mereka kini masih menerima rawatan susulan di Hospital Angkatan Tentera Lumut.

Pada majlis itu Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut menyampaikan sumbangan daripada kerajaan negeri sebanyak RM300,000 kepada Tabung Wira Operasi Daulat. — Bernama


Sumbang mahram(adik lahirkan anak)

gambar hiasan


PETALING JAYA: Seorang abang dihukum penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana melakukan sumbang mahram terhadap adik kandung perempuannya yang berusia 15 tahun ketika itu, tujuh tahun lepas.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz menjatuhkan hukuman tersebut terhadap lelaki yang berusia 24 tahun itu, setelah dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan sumbang mahram dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 19 Mac lepas.

Lelaki tersebut yang bekerja di sebuah pasar raya, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di sini, antara 
Okt 2006 hingga Nov tahun sama, dan didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mengikut fakta kes, pada waktu kejadian, mangsa telah dirogol oleh tertuduh dan hasil hubungan sumbang mahram tersebut, adiknya telah mengandung dan melahirkan seorang bayi lelaki.

Hasil pemeriksaan oleh Jabatan Kimia mendapati tertuduh adalah bapa kandung kepada bayi yang dilahirkan mangsa. — Bernama


P/S spt nak muntah 



Penjawat awam sementara, kontrak terima faedah Perkeso mulai 1 Mei



PUTRAJAYA 28 Mac - Seramai 63,000 anggota perkhidmatan awam berstatus sementara dan kontrak akan turut menikmati pelbagai faedah di bawah Skim Keselamatan Sosial (Perkeso) mulai 1 Mei ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, kerajaan mengambil keputusan itu bagi memastikan kebajikan pekerja dan anggota keluarga mereka turut dijamin di bawah Skim Perlindungan Bencana Pekerjaan dan Pencen Ilat seperti pekerja di sektor swasta.

"Keputusan ini memberi faedah kepada semua pekerja sementara dan kontrak di dalam perkhidmatan awam, termasuk 15,000 pekerja yang sedang berkhidmat di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dengan taraf sementara dan kontrak sekian lama," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya, di sini hari ini.

Dr. Subramaniam berkata, Perkeso akan mengambil tindakan serta-merta untuk mendaftar semua pekerja bertaraf sementara dan kontak yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam persekutuan/negeri, badan berkanun persekutuan/negeri dan pihak berkuasa tempatan.

"Jemaah Menteri membuat keputusan itu minggu lalu...Dengan ini semua pekerja terbabit secara automatik akan didaftarkan di bawah Perkeso. Perkeso akan menghubungi jabatan dan agensi berkenaan untuk menguruskan pendaftaran ini," katanya.

Dr. Subramaniam berkata, kerajaan akan membelanjakan sebanyak RM30 juta setiap tahun dengan perluasan skim itu.

Katanya, skim bencana pekerjaan akan melindungi pekerja ditimpa kemalangan semasa waktu kerja, kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja dan juga penyakit khidmat.

Skim ilat pula akan memberi perlindungan 24 jam akibat daripada keuzuran atau penyakit dan pencen penakat pula disebabkan oleh kematian kepada pekerja yang menikmati keilatan atau disebabkan oleh penyakit.

Faedah-faedah lain yang turut dinikmati ialah perubatan, hilang upaya sementara, hilang upaya kekal, elaun layanan sentiasa, faedah orang tanggungan, pengurusan mayat dan kemudahan pemulihan untuk pekerja kembali bekerja.

Semua faedah ini akan diterangkan oleh Perkeso dalam taklimat kepada pekerja terlibat di jabatan dan agensi berkenaan, katanya.

Dalam pada itu Dr. Subramaniam berkata, sebanyak 1,912 majikan, dikesan gagal mendaftar pekerja mereka di bawah Perkeso, tahun lalu.

"Mereka dikenal pasti di bawah Ops Kesan yang dilakukan terhadap 20,003 majikan tahun lalu, dan majoriti daripada mereka ialah majikan sederhana dan kecil.

"Daripadanya sebanyak 1,802 kes didakwa di mahkamah (sivil) kerana gagal mencarum, gagal mendaftar, lewat daftar atau kesalahan-kesalahan berkaitan," jelasnya.

Menurutya bagi kesalahan itu majikan boleh dikenakan denda RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya. - BERNAMA

pengganas amal ilmu hitam tetak anggota keselamatan mati ditembak (kg simunul)



LAHAD DATU 28 Mac - Seorang lelaki warga emas dipercayai panglima kepada kumpulan pengganas Kiram dan pengamal ilmu hitam mati ditembak selepas menetak seorang anggota keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan dan pembersihan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna dekat sini hari ini.

Lelaki berusia 60-an itu dipercayai pengawal peribadi kepada orang kanan kumpulan pengganas tersebut dikenali sebagai Imam Mas yang ditembak mati dalam pertempuran pada 2 Mac lalu di kampung tersebut.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, semasa pasukan keselamatan memeriksa sebuah rumah di perkampungan itu pada pukul 8.20 pagi, secara tiba-tiba lelaki terbabit meluru keluar dari sebuah bilik yang dilihat berkunci dari dalam lalu menyerang dan menetak seorang anggota keselamatan dengan menggunakan parang.

"Anggota pasukan keselamatan kita ditetak dua kali di depan dan belakang tubuhnya. Atas faktor keselamatan, anggota tersebut sempat melepaskan tembakan yang membunuh pengganas itu.

"Anggota pasukan keselamatan itu kita tidak cedera kerana memakai pakaian perisai badan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Hamza berkata, pasukan keselamatan turut menahan enam individu, termasuk isteri dan anak perempuan pengganas yang ditembak di kampung tersebut.

Beliau berkata, kedua-dua wanita yang berusia 45 dan 30 tahun itu, termasuk seorang mengalami kecacatan tangan kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), manakala empat suspek lelaki ditahan atas lain-lain kesalahan.

Menurutnya, penangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah mereka yang ditahan di bawah SOSMA ketika ini, meningkat kepada 121 orang dengan 443 tangkapan atas lain-lain kesalahan manakala pengganas ditembak mati pula seramai 68 orang.

Sementara itu, sumber memberitahu Utusan Malaysia, lelaki yang mati ditembak itu merupakan seorang yang sangat digeruni kerana mempunyai kedudukan tinggi dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) di kampung tersebut, selain aktif dalam aktiviti keagamaan.

"Walaupun aktif dalam aktiviti keagamaan, suspek juga difahamkan turut mengamalkan ilmu hitam dan syirik terutama ramalan nombor ekor," ujarnya. - UTUSAN


Wednesday, 27 March 2013

Jamalul kiram Bukan berdarah raja( ops!! tapi tak malu mengaku sultan)



Lahad Datu: “Jamalul Kiram III dan Abgimuddin Kiram tidak layak menuntut Sabah kerana mereka bukan berdarah sultan.
“Sebaliknya mereka ini hanyalah pewaris yang berstatus cucu saudara kepada Sultan Jamalul Kiram II,” tegas pengkaji sejarah dan penulis buku Kesultanan Sulu, Julasri Hajad, 36, atau Asree Sug.

Menurut Asree, sejarah menunjukkan Sultan Jamalul Kiram II hanya memiliki seorang anak perempuan dan seorang adik berlainan ibu, Raja Muda Mawalil Wahid sehinggalah kemangkatannya pada 1936.
“Raja Muda memiliki dua anak iaitu Ismail I dan Punjungan. Punjungan pula memiliki tiga anak iaitu Jamalul Kiram III, Abgimuddin Kiram dan Ismail II.

“Maka, Jamalul, Abgimuddin dan Ismail adalah cucu saudara kepada Sultan Jamalul Kiram II. Mereka ini bukan berdarah sultan sebaliknya hanyalah pewaris,” katanya.

Katanya, bagaimanapun ketiga-tiga beradik itu menetap di Kepulauan Tawi Tawi kerana ibu mereka penduduk tempatan di situ berketurunan Bajau Simunul dan berbahasa Tausuq (Sulu).
“Jamalul Kiram dan Abgimuddin tidak layak menuntut Sabah kerana mereka tidak memiliki rakyat tambahan pula sultan sebenar mesti tinggal di Jolo di Kepulauan Sulu,” katanya.

Menurutnya, Kesultanan Sulu juga tidak lagi wujud kerana rakyatnya pada 1906 memulaukan Sultan Jamalul Kiram II yang bekerjasama dengan Amerika Syarikat mengenakan cukai kepala kepada penduduk.
“Sekitar 1906 sehingga 1915, Sultan Sulu membenarkan Amerika membunuh kira-kira 5,000 penduduk di Bud (gunung) Bagsak dan Bud Dahu yang menyerang tentera mereka.

“Selepas kemangkatan Sultan Sulu, masyarakat Sulu tidak menerima mana-mana lagi sultan sehingga sekarang,” katanya menegaskan dakwaan pengganas bahawa mereka Kesultanan Sulu sebagai tidak memahami sejarah. Kata Asree, dalang pencerobohan itu dilakukan anasir luar dan difahamkan Jamalul Kiram III hanya menumpang isu pencerobohan itu untuk meraih publisiti selepas difahamkan bakal bertanding pilihan raya di Filipina.

“Pengamatan mendapati ini (pencerobohan) taktik Jamalul Kiram,” katanya.

20 tahun bergelumang dengan dunia mak nyah (gambar)




Bayan Lepas: “Mula-mula doktor toreh kulit, kemudian dia seperti mengoyak bahagian dagu hingga menampakkan tulang. Selepas itu doktor kikis kolagen yang sudah menjadi lemak.
“Sakitnya susah saya nak gambarkan. Pada masa itu, saya terfikir itulah hukuman ke atas saya kerana cuba mengubah ciptaan Allah,” kata bekas mak nyah, Mohd Khariri Ramli, 35, menceritakan pengalamannya untuk kembali ke pangkal jalan.
Dia yang sebelum ini dikenali sebagai Erin bergelumang dalam dunia mak nyah selama 20 tahun dan pernah mengambil bermacam-macam suntikan untuk mengubah wajah serta penampilan supaya kelihatan seperti wanita.

Akibatnya, kata Mohd Khariri, dia mengalami pelbagai kesan sampingan antaranya dagu menjadi ‘luruh’ dan kerap dilanda kekejangan otot di beberapa bahagian badan hingga sekarang.
Menurutnya, kini dia dalam proses menjalani pemeriksaan saraf kerana dipercayai kekejangan dialaminya itu kesan daripada suntikan kecantikan dijalaninya sebelum ini.[mm]

Kg Tanduo bukan lagi sebuah perkampungan



Lahad Datu: Kampung Tanduo yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan pengganas Sulu dan diduduki penduduk tempatan sejak 50 tahun lalu akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan penempatan penduduk.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, semua penduduk kampung itu yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan dipindahkan ke lokasi baharu yang diputuskan kemudian.
Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas penilaian Majlis Keselamatan Negara (MKN) mendapati rumah di kampung itu mengalami kerosakan teruk.

Katanya, 12 rumah di kampung itu boleh dikatakan musnah sama sekali akibat pencerobohan pengganas di kampung itu.
“Sebelum ini kita wujudkan pasukan penilaian untuk melihat sejauh mana kerosakan dan kerugian dialami penduduk Kampung Tanduo selain aspek keselamatan.


FAM dakwa rajagopal minggu depan



PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka mengeluarkan surat pertuduhan ke atas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang didakwa melanggar Artikel 88 Statut FAM, minggu depan.
Berdasarkan Artikel 88, hanya Presiden dan Setiausaha Agung dibenarkan membuat kenyataan media mengenai FAM.
Pengerusi Jawatankuasa Tata Tertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak berkata, pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mengeluarkan surat pertuduhan kepada
jurulatih berusia 56 tahun itu kerana didakwa mengkritik polisi badan induk bola sepak negara itu.

pelajar mati dibaham Anjing


jade lomas anderson

Manchester: Seorang pelajar Jade Lomas-Anderson dibaham lima anjing hingga mati semalam selepas dia berjalan masuk ke dalam bilik sambil memakan pai daging.
Seekor haiwan berkenaan menerkam makanan itu dan ketika Jade, 14, cuba merampasnya semula anjing berkenaan menerkam lehernya hingga dia jatuh ke lantai.

Empat lagi haiwan berkenaan kemudian datang dan menyerang remaja itu.
Polis yang bergegas ke kediaman itu terpaksa menembak mati empat anjing itu yang dikatakan daripada spesies kacukan anjing pit bull Staffordshire kerana terlalu ganas.

Haiwan kelima dipercayai juga jenis pit bull berjaya ditenteramkan.

Rakan Jade yang terkejut memberitahu dia dibaham di kediaman temannya, Kimberley Concannon di Atherton, Manchester tengah hari semalam selepas bermalam di rumah itu.

Seorang rakan berkata: “Jade pergi ke kedai untuk membeli pai daging dan membawanya ke kediaman Kimberley. Kami dengar anjing itu menyerangnya ketika dia makan pai itu. Dia cuba mengelak tetapi anjing berkenaan berang dan menerkam lehernya.

“Dia tewas diserang haiwan itu di dalam rumah Kimberley.
“Ketika polis tiba, empat anjing berkenaan berada di luar rumah.

“Jade berada di dapur. Kami dengar bunyi tembakan. Kami percaya anjing terbesar ditembak sembilan das sebelum ia mati.” Thomas Jefferies, 18, berkata: “Sepupu saya kata, dia dengar bunyi tembakan dan jeritan.” Seorang lagi rakan berkata: “Anjing itu memang menakutkan. Tetapi Jade kenal dengan haiwan itu. Saya tidak faham mengapa haiwan itu menyerangnya. “Mungkin ia terbau darah selepas anjing pertama menyerang Jade. Ia satu tragedi. Jade benar-benar gadis yang baik.” Seorang penduduk berkata: “Anjing itu selalu menyalak dalam rumah kecil itu. Semua kanak-kanak di sini takut dengan anjing itu.” Oliver Carrick, 15, berkata: “Ia betul-betul anjing yang jahat - ia tidak pernah dibiarkan di taman dan tiada siapa pun masuk ke situ.” Anjing berkenaan milik ibu Kimberley, Beverley. Kedua-dua beranak itu berada dalam kediaman terbabit ketika kejadian. - Agensi

keputusan kelayakan piala dunia






Wales 1 Croatia 2
Serbia 2 Scotland 0
Belgium 1 Macedonia 0
Armenia 0 Republik Czech 3
Denmark 1 Bulgaria 1
Malta 0 Itali 2
Ireland 2 Austria 2
Jerman 4 Kazakhstan 1
Estonia 2 Andorra 0
Turki 1 Hungary 1
Belanda 4 Romania 0
Ireland Utara 0 Israel 2
Azerbaijan 0 Portugal 2
Poland 5 San Marino 0
Montenegro 1 England 1
Ukraine 2 Moldova 1
Perancis 0 Sepanyol 1
Bolivia 1 Argentina 1
Ecuador 4 Paraguay 1
Chile 2 Uruguay 0
Venezuela 1 Colombia 0
Mesir 2 Zimbabwe 1
Algeria 3 Benin 1
Uzbekistan 1 Lebanon 0
Korea Selatan 2 Qatar 1
Jordan 2 Jepun 1
Australia 2 Oman 2


Sunday, 24 March 2013

Sniper Kiram semua telah terbunuh



Pihak keselamatan negara yakin tiada lagi penembak tepat dalam kalangan pengganas Kiram di kawasan pencerobohan di daerah ini.



Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, tentera terlatih daripada pihak musuh itu dipercayai telah mati ditembak atau melarikan diri.

Sementara itu katanya, dalam operasi di Tanjung Batu, pihak keselamatan menembak mati empat individu, dua dewasa lelaki dan wanita, serta dua kanak-kanak.

Tambahnya, seorang anggota tentera mengalami kecederaan di paha

Breaking News: Ketua perisik kiram kadi buruan



Kota Kinabalu: Seorang pemimpin kanan dipercayai berjawatan ketua perisik dikenali sebagai Datu Piah Datu Kiram kini menjadi orang buruan utama pasukan keselamatan dalam usaha melumpuhkan terus pergerakan saki-baki kumpulan pengganas yang menceroboh Sabah sejak 12 Februari lalu.
Menurut sumber, dia yang dipercayai ada hubungan keluarga dengan Jamalul Kiram yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, dikatakan antara individu yang menyertai kumpulan pengganas terbabit membuat rundingan dengan pasukan keselamatan, Februari lalu.
“Sejurus selepas berlaku pertempuran pada 1 Mac lalu, Datu Piah menghilangkan diri, tetapi dipercayai masih berada di negeri ini,” katanya.

Sumber itu berkata, pasukan keselamatan turut percaya Semporna ialah markas utama pengganas kerana di situlah mereka melakukan perancangan serta mengatur strategi
“Semporna adalah ibu pejabat pengganas dan di Lahad Datu pula ‘medan permainan’ mereka,” katanya.

4 bodies injured boy found soldier hurt in battle



LAHAD DATU: A soldier was injured in the right thigh and the bodies of four foreigners as well as an injured boy were found in a house following a clash yesterday between security forces and Sulu terrorists in Kampung Tanjung Batu, said Chief of Defence Forces Gen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

The injured boy was airlifted to Sandakan Hospital for treatment, he told a news conference, also attended by Deputy Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar at the Felda Sahabat 16 operations command near here.

Zulkifeli said the bodies were of two adults, a man and a woman, and two children, a boy and a girl, but there were no identification documents on them.

He said the gun battle took place at 9.15am after security forces engaged in a mopping-up exercise had tailed two terrorists, who entered a house and opened fire at them.

“The gun battle went on for several minutes. The security forces saw one of the enemies dash into an adjacent house and torch it. They opened fire at the first house and then entered it and found the bodies and the injured boy,” he said.
Zulkifeli said the security forces also found foodstuff believed to have been stored in the house.

He said the four bodies had been brought out of the location, and this raised to 42 the number of corpses removed from the scenes of battle.

Zulkifeli said the desperate terrorists were moving about in small groups and employing small unit tactics to try and cause as much injury as possible to the security forces tailing them.

“We have learned from their modus operandi that the enemy would lure the security forces to an area where their snipers would open fire. After a gun battle, they would retreat into a house to hold off the security forces and burn down the dwelling when they could not hold on any longer,” he said.

He said they continued to stall the security forces by retreating to nearby swampy areas and engaging in battles with the pursuing forces.

Zulkifeli said he was convinced that all the enemy snipers had been shot dead by the security forces in battles up to March 20.

“After March 20, the security forces did not face snipers any more. We believe the security forces have taken out all their snipers and there is no more threat from them,” he said.  — Bernama