duit diut hehe

Friday, 22 March 2013

Dua puluh tahun menderita bukan buatan orang tapi angkara saka

gambar hiasan

Entah berapa ramai bomoh dan dukun cuba membantu Haji Dollah dari merata tempat tetapi penyakitnya tetap juga berdegil.Haji Dollah bukan demam tetapi sakit.Kadang-kadang orang tua itu mamai.

Dia lupa diri,dia tidak tahu siapa namanya.Ada ketikanya pula dia meracau,entah apa yang di sebutnya tidak begitu difahami.Inilah yang memeningkan kepala anak-anak.Orang tua ini dibawa berjumpa doktor,buat pemeriksaan,ujian darah dan sebagainya.

Ternyata dia sihat. Haji Dollah tidak menghidap kencing manis.Darahnya juga bagus.penyakit jantung pun tidak.Buah pinggangnya baik,pendek kata jarang-jarang orang seusianya sihat begitu.

Doktor mengesahkan dia sihat, makan berselera tetapi apabila datang mamainya dia mula tidak kenal dirinya sendiri.Kadang-kadang letih anak cucu memberitahu siapa dia tetapi dia tetap juga tidak kenal diri.

Ada sesetengah pengamal perubatan tradisional mengatakan dia kena sihir.Maklumlah dia orang berada,kebun luas.Sawah pun banyak dan anak-anak terpelajar belaka.Boleh jadi juga orang,Melayu bukan boleh tengok orang senang.

Malangnya, pengamal itu hanya meramalkan dia juga tidak mampu merawat orang tua itu. Katanya carilah orang bijak pandai,dia tidak mampu lagi membantu Haji Dollah.

Pelik benar penyakit orang tua ini dia tidak boleh mengerjakan sembahyang katanya.Apabila dia solat ada saja orang berdiri didepanya macam mana dia nak solat.

Itu hanya penglihatan Haji Dollah tetapi orang lain tidak nampak.Tidak ada sesiapa nampak tetapi Haji Dollah tetap juga berkeras mengatakan dia nampak sehingga terpaksa mencari belantan hendak dibelasahnya budak di depanya menggangu dia solat.

Lama benar orang tua itu tidak solat,dia bukan tidak mahu tetapi diganggu.Hidup orang kaya Haji Dollah benar-benar menderita,kasihan melihatnya kerana badan sihat tetapi dia tidak tenteram.

Namun anak-anaknya tidak pernah putus asa,mereka akan mendapatkan khidmat mana-mana pengamal perubatan tradisonal yang dikatakan mampu.berhabis wang ringgit bukan lagi soal utama.


Dua puluh tahun orang tua ini menderita,bukan buatan orang tetapi angkara saka.Dia dah teruk kerana saka ini dah lama sehingga tak sembahyang pun tak boleh.

Haji Dollah mendapat saka ini dari moyangnya yang menggunakan makhluk halus itu untuk mrnjaga diri.Mengelak dari terkena buatan orang sebagi benteng.

Akhirnya Haji Dollah dirawat oleh seorang pengamal perubatan tradisonal dia semakin pulih dan mula mengenal dirinya kembali.secara perlahan-lahan dia mula sembahyang..-misteri 

No comments:

Post a Comment