duit diut hehe

Sunday, 31 March 2013

Kempen anti-Islam di Myanmar(selamatkan la kami umat islam dimana sahaia)

gambar hiasan


BANGKOK 31 Mac - Selepas dua tahun kerajaan junta menyerahkan kuasa, Myanmar kini berdepan peningkatan gerakan pelampau agama yang disifatkan sebagai 'provokasi' anti-Islam, termasuk golongan sami Buddha, yang radikal.

Sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh, manakala banyak masjid serta kediaman penduduk Islam dimusnahkan sejak empat hari lalu di tengah Myanmar dalam gelombang keganasan yang disifatkan saksi sebagai terancang.

"Jelas terdapat beberapa ejen provokasi dengan agenda radikal anti-Islam yang berpangkalan di negara ini, termasuk penceramah sami Buddha yang berpengaruh dan tidak bertoleransi serta anti-Islam.

"Terdapat juga kaedah sistematik dan teratur untuk memusnahkan kediaman penduduk Islam," kata Jim Della-Giacoma, pakar Myanmar dan ahli pemikir Kumpulan Krisis Antarabangsa.

Sami yang pernah menjadi barisan depan dalam pergerakan pro-demokrasi dan dihormati di negara yang majoriti penduduknya beragama Buddha ini turut terlibat dengan pergolakan etnik di negara ini.

Beberapa golongan sami terlibat dalam keganasan itu, manakala yang lainya menyebarkan gerakan untuk memusnahkan kedai milik penduduk Islam dan hanya membeli di kedai milik penganut Buddha yang dikenal pasti dengan pelekat tertera nombor '969' yang menjadi simbol kepada kempen itu.

"Apabila keuntungan diberikan kepada musuh, kewarganegaraan kita, bahasa dan agama, semuanya akan terjejas.

"Mereka akan mengambil anak gadis kita dan memaksa mereka memeluk Islam. Anak-anak mereka yang dilahirkan pula akan membawa bahaya kepada negara. Mereka juga akan memusnahkan bahasa, selain agama kita," kata seorang sami dari Mandalay, Wirathu dalam ucapannya yang dimuat naik di Internet.

Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi hak asasi ke Myanmar, Tomas Ojea Quintana berkata, keengganan pasukan keselamatan menghentikan ketegangan itu menunjukkan kemungkinan kerajaan turut terlibat.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu berkata, menteri-menteri dari negara anggota OIC akan bermesyuarat pada 14 April ini bagi membincangkan keganasan berdarah ke atas penganut Islam di Myanmar.

Menurut beliau, mesyuarat yang akan dihadiri oleh menteri-menteri luar negara anggota OIC yang akan diadakan di Jeddah, Arab Saudi.

Dalam pada itu, satu kenyataan daripada OIC berkata, Ihsanoglu yang menghadiri mesyuarat tentang keganasan ke atas Rohingya berkata, pertubuhan itu 'telah bersedia untuk mengambil langkah perlu dan bertindak menangani masalah itu'. - AGENSI-utusan


No comments:

Post a Comment