duit diut hehe

Friday, 15 March 2013

pelajar kolej komuniti maut terbakar


Tawau: seorang pelajar kolej komuniti tawau terbabit dalam kemalangan petang kamis lalu apabila kereta yang dipandunya terbabas melangar tiang sebelum terbakar di jalan Apas batu 3.

Ketua polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata mangsa yang terlibat dalam kemalangan pada jam 3.50 petang itu dikenali sebagai Mohd Nizam Kasim berumur 21 tahun dan beralamat di Taman Kinabutan Ria jalan Apas.

"mangsa terperangkap di dalam kereta yang dipandunya sendiri  dan meninggal dunia di lokasi akibat terbakar di seluruh angota badanya".

Menurut Acp Awang,mangsa yang gagal mengawal kenderaannya terbabas melanggar tiang lampu lalu terbakar.mangsa tersebut menuju pulang kerumahnya.

Beliau berkata siasatan kes itu dijalankan mengikut seksyen 41 (1) akta pengangkutan jalan 1987 dan saksi kejadian di minta menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan- borneo post

No comments:

Post a Comment