duit diut hehe

Monday, 18 March 2013

pemberian ic (kad pengenalan ) punca sebenar pencerobohan Lahad Datu





KUALA LUMPUR 19 Mac - Pihak pembangkang seolah-olah tidak menghormati Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (RCI) apabila pantas menjatuhkan hukuman bersalah terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing di negeri itu.


Dalam satu forum “mahkamah rakyat" anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang malam ini, mereka turut menyalahkan isu kad pengenalan sebagai punca berlakunya insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.

Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang juga penganjur program itu turut menuduh para pengganas Sulu yang menceroboh Sabah mempunyai kad pengenalan dan ada di antaranya adalah bekas pegawai daerah di negeri itu.

"Pemberian IC (kad pengenalan) merupakan punca sebenar kejadian Lahad Datu dan Jeneral Sultan Sulu yang datang menyerang tersebut ialah orang yang mempunyai kad pengenalan dan bekas pegawai daerah di Sabah," 
katanya pada forum tersebut yang turut dihadiri dua bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di sini malam tadi.

Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini telah perkenan melanjutkan masa RCI selama enam bulan lagi iaitu dari 21 Mac hingga 20 September bagi membolehkan suruhanjaya ini menyelesaikan siasatan dan penyediaan laporannya.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Ogos tahun lepas untuk menyelesaikan sepenuhnya masalah pendatang tanpa izin di Sabah. - UTUSAN



2 comments:

  1. macam2 lak kan skrg ni...pe ssh2, dah dieorg ceroboh cara 'kurang ajar' kat tempat kita...pas2 bunuh sna sni, so kasi habis je r sume...org suruh serah diri tapi keras kepala...
    #tibe2 rasa angin 1 badan!#

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. hihi ya kak sya org lahad datu takut mau keluar rumah.

    ReplyDelete