duit diut hehe

Monday, 18 March 2013

Penghina pewira negara tidak layak jadi warganegara



KUALA LUMPUR 18 Mac - Pihak yang memperlekeh dan menghina pasukan keselamatan ketika negara diancam penceroboh tidak layak menjadi warganegara Malaysia.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, tindakan itu nyata tidak patriotik ketika pasukan polis dan tentera berkorban nyawa demi menjaga keselamatan negara dan rakyat.
Saya lihat di laman sosial Facebook, ada yang menghina polis dan tentera. Mereka ini tidak layak jadi warganegara.
Patriotik bukan sekadar berdiri tegak semasa lagu Negaraku dan bendera dinaikkan tetapi mengutamakan kepentingan negara melebihi diri sendiri. Sanggup mati untuk negara," katanya dalam ceramah umum Lahad Datu di Bandar Puteri, Puchong malam tadi.


Musa berkata, beliau faham perasaan keluarga wira negara yang terkorban kerana perasaan serupa dialaminya ketika berkhidmat dalam polis dulu.- utusan


 

No comments:

Post a Comment