duit diut hehe

Tuesday, 19 March 2013

Petr Cech Jadi pilihan Arsenal




LONDON - Penjaga gol Chelsea, Petr Cech menjadi salah seorang pemain yang menjadi antara pilihan utama Arsenal untuk menggantikan Wojciech Szczesny musim depan mengikut laporan akhbar harian England, Daily Mail.

Walaupun Cech masih pilihan No. 1 di Chelsea namun kemungkinan itu bukan mustahil kerana Thibault Courtois yang kini dipinjamkan ke Atletico Madrid, dikhabarkan akan menggantikan tempat penjaga gol Republik Czech itu.

Gunners akan memantau perkembangan itu jika benar Chelsea mahu meletakkan Courtois sebagai penjaga gol utama Blues.

Courtois telah dua musim dipinjamkan ke Atletico Madrid dan menunjukkan potensi sebenar di sana.

Kontrak Cech berakhir pada pertengahan 2016 dan kemungkinan untuk dia dijual kepada salah satu pesaing utamanya dilihat mungkin sukar.

Namun, jika Wenger bersedia mengeluarkan perbelanjaan besar pada musim hadapan bagi menguatkan skuad, Chelsea mungkin bersedia melepaskan Cech.

Szczesny kini terpaksa berjuang menyelamatkan kariernya di Arsenal selepas persembahan hambar dalam kebanyakan perlawanan.

Dia kini diletakkan sebagai penjaga gol nombor dua di belakang Lukasz Fabianski dalam dua perlawanan terakhir.

Gunners mampu mengelakkan gawang daripada dibolosi dalam dua perlawanan berkenaan dan ia membuatkan Szczesny terus berada di bangku simpanan. - AGENSI


No comments:

Post a Comment