duit diut hehe

Thursday, 21 March 2013

Piala Dunia 2014 (FIFA)



ZURICH - Undian Piala Dunia 2014 akan diadakan pada 6 Disember ini di Brazil, demikian diumumkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), kelmarin.

"Kami telah sahkan bahawa undian Piala Dunia 2014 akan berlangsung di Costa do Sauipe pada pukul 1 petang pada 6 Disember," demikian kenyataan daripada FIFA.

Malah dalam mesyuarat FIFA yang turut berlangsung kelmarin, presiden badan induk bola sepak dunia itu, Sepp Blatter menyatakan keyakinannya bahawa Brazil sudah bersedia untuk menjadi tuan rumah kejohanan tersebut meskipun sebelum ini dilaporkan persiapan mereka berjalan tidak mengikut jadual. - AFP


No comments:

Post a Comment