duit diut hehe

Saturday, 16 March 2013

"siapa ka dalang pencerobohan Lahad Datu, sama ada pihak filipina atau pihak malaysia atau pihak ketiga"



Kerajaan filipina mahu membantu malaysia mencari dalang pencerobohan di Lahad Datu Pada 12 Febuari lalu hingga kini belum berakhir.

Mereka ingin membantu malaysia  menyelesaikan isu pencerobohan pengganas sulu di sabah termasuk dalang sebalik pencerobohan ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata komitmen itu disampaikan rakan sejawatnya Voltaire T.Gazmin pada pertemuan di putrajaya pada khamis.

"mereka akan menggunakan segala jaringan maklumat termasuk perisikan untuk mengetahui siapakah dalang di belakang pencerobohan militan di sabah,sama ada di pihak filipina atau dalang di pihak malaysia atau pihak ketiga yang lain" katanya

katanya setiausaha pertahanan Filipina itu juga menyatakan komitmen negaranya untuk bersama-sama pasukan keselamatan malaysia untuk menghapuskan saki-baki pencerobohan militan yang berada di Lahad Datu serta kawasan lain disabah.

kerajaan Filipina telah berjanji akan melakukan siasatan penuh terhadap mana-mana penceroboh yang telah dapat di tangkap dan merekan semua akan di kenakan tindakan mahkama katanya.

Menurut Ahmad Zahid,Malaysia percaya Filipina mempunyai bukti pembabitan puak pengganas sulu,Jamalul kiram dalam insiden pencerobohan itu.

"bukti sedang dikumpulkan termasuk anak perempuannya yang kita dapat tahu bergerak menggunakan pesawat peribadi

Saya diberitahu setiausaha pertahanan Filipina ada seorang tokoh pembangkang menggung kos perbelanjaan itu"katanya.- bernama


2 comments:

  1. kalau dapat tangkap dalang di sebaliknya lebih bgs...kasi clear semua skali...

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete