duit diut hehe

Saturday, 16 March 2013

wajib mempertahankan negara dari penceroboh



Islam Sendiri menyuruh umatnya mempertahankan negara daripada dicerobohi.sedangkan zaman rasulullah sendiri pun mengajak sahabat dan saudaranya berjuang mempertahankan negara Madinah daripada tentera Quaryis dan kaum musrikin.

Hukum ini jelas dinyatakan dalam firman Allah swt yang bermaksud:

"orang yang beriman dan tidak mencampurkan iman mereka dengan kezaliman, bagi mereka itula keamanan
dan mereka la yang mendapat pentunjuk" surah Al-Anaam ayat 82.

Menjaga keamanan dan keselamatan adalah tanggungjawab kita bersama sebagai rakyat Malaysia.Jangan la kita memcaci atau mengutuk barisan ketenteraan kita kerana mereka mempunyaqi tanggungjawab yang besar..kita sebagai orang awam hendak la menyokong dan bersatu padu dalam mempertahankan negara tercinta ini.

Ayat di atas jelas menunjukkan kewajipan kita mempertahankan negara.jangan la ada lagi sesiapa menunding jari dengan orang lain ini kerana semua menjadi tanggunjawab kita sebagai warganegara walaupun berlainan bangsa,rupa dan agama.

Kita amat bersyukur kerana negara kita dikurniakan keamanan.rakayatnya bersatu padu.tidak seperti tempat saudara seislam kita yang lain.mereka ditindas dibunuh dirogol ditempat mereka sendiri.

Marila kita pandang kepada zaman sejarah kita dulu jangan la keamanan hari ini kita kecapi diambil kembali.
meskipun banyak percubaan luar untuk memporak-peranda kan negara kita dengan pelbagi fitnah tapi semua itu dapat disangkal.

Firman allah swt :

"diizinkan berperang bagi orang yang di perangi, sebab mereka telah dianayai,dan sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka." surah at haj ayat 39.

maksud ayat di atas wajib kita mempertahankan negara dan agama kita apabila kita diperang.Walaupun pelbagai taktik digunakan oleh penceroboh (tangkal) tapi dengan pertolongan allah semua itu dapat dihadapi.

sesungguhnya mereka benar-benar ingin berbuat jahat terhadap negara ini.oleh itu jangan la kita lalai terhadap perkara ini.bersesuaian dengan firman allah yang bermaksud:

"jika allah menolong kamu maka tidak sesiapa pun dapat menggalahkan kamu,Dan jika ia mengecewakan kamu maka siapaka yang dapat menolong kamu sesudah allah (menetapkan yang demikian ) dan (ingat la)
kepada allah juala hendaknya orang beriman itu menyerah diri" surah Al Imran ayat 160


selamat beramal...



No comments:

Post a Comment