duit diut hehe

Thursday, 18 April 2013

Asal usul Nama Bluetooth

Nama “bluetooth” berasal dari nama raja di akhir abad sepuluh,Harald Blatand Beliau juga dikenali sebagai Harald Bluetooth kemungkinan kerana  giginya berwarna gelap.
Dia adalah raja Denmark yang telah berusaha menyatukan kaum-kaum yang selalunya berperang, termasuk kaum dari wilayah yang sekarang bernama Norwegia dan Swedia.
Bahkan wilayah Scania di Swediatempat teknologi bluetooth ini juga dijumpai  termasuk daerah kekuasaannya.

Kebolehan raja itu sebagai perunding juga mirip dengan teknologi bluetooth sekarang yang boleh menghubungkan berbagai peralatan seperti komputer personal dan telephon bimbit.
Sedangkan logo bluetooth berasal dari sambungan dua huruf Jerman
yang dihadapan dengan huruf H dan B (singkatan dari Harald Bluetooth),
iaitu (Hagall) dan (Berkanan) yang kemudian digabungkan.sumber

Wednesday, 17 April 2013

facebook

Ternyata Budak bawa umur pembuat Virus Komputer


Kita banyak mengetahui nama-nama virus yang banyak kita ketahui dan juga virus selalu menyerang komputer kita sendiri.Dan juga kita tidak tahu dari mana asal virus itu dan siapa pembuat virus itu.disini saya akan menceritakan sedikit siapa orang yang pertama kali membuat virus. 

Elk Cloner dinyatakan sebagai salah satu virus mikro komputer yang menyebar luas keluar dari ruang  tempat pembuatanya. 

Dibuat pada tahun 1982 oleh seorang murid Sekolah Menengah Atas yang berumur 15 tahun Dia bernama Rich Skrenta. Virus yang dia buat, ketika itu ditujukan untuk sistem komputer Apple II.
ketika itu Skrenta tidak lagi dipercaya oleh kawan- kawanya. Hal itu disebabkan oleh kelakuannya yang secara terus membagikan game dan software, ia pun sering menggunakan floppy disk untuk mematikan komputer atau untuk membuatkan kata-kata mengejek pada sistem. Akhirnya Skrenta pun memikirkan metode untuk melakukannya tanpa floppy disk agar ia tidak dicurigai.

Semasa cuti musim panas di Mt. Lebanon High School,Pennsylvania,Amerika, Skrenta menjumpai bagaimana cara membuat pesanan secara automatik di komputernya. Dan akhirnya dia menjumpai apa yang ketika ini disebut sebagai boot sector virus, dan mulai untuk menyebarkannya di kalangan kawan satu sekolahnya serta di sebuah club komputer.
Dari sumber yang didapat virus itu cepat tersebar dan berjaya memberi kesan floppy disk orang-orang yang dia kenal, termasuk guru matematikanya. Virusnya banyak menyusahkan orang yang terkena. 

Dapat dibayangkan bagaimana sukarnya kerana ketika itu belum ada satupun antivirus. Virus elk cloner ini hanya dapat dihapus secara manual dengan langkah yang rumit.
Elk Cloner menyebar dengan cara menghapus sistem operasi Apple II dengan teknik boot sector virus. 

Ertinya jika kita melakukan booting komputer menggunakan floppy disk yang sudah terkena virus maka virus akan secara Automatik tercopy ke memory. Dan apabila ada floppy disk bersih dimasukan ke komputer virus akan mengcopy dirinya ke floppy itu.
Komputer yang terkena virus akan menghasilkan sebuah kata-kata di skrin apabila booting ke 50.
 orang yang pertama kali membuat masalah tentang Virus yang telah menjangkiti banyak Komputer di dunia,, tapi kita juga tidak patut menyalahkannya,, Kerana memang kemajuan teknologi di zaman semakin canggih - sumber

Kenapa Lalat Susah Ditangkap ? Disini Alasannya


Sudah berapa kali Anda dapat memukul lalat dengan tangan? sukar bukan? Rahsia di balik kemampuan tersebut kini telah diketahui penjelasannya.

Selama 20 tahun meneliti biologi sayap lalat, Michael Dickinson dari Institut Teknologi California (Caltech) baru membongkarkannya sekarang. 

Itu pun kerana dia selalu geram terhadap pertanyaan yang senang dan sering ditanya oleh orang yang ditemuinya.

"Sekarang saya sudah ada  jawapannya," kata" Dickinson yang melakukan penelitian bersama Esther M dan Abe M Zarem. Ia menjumpai rahsia tersebut setelah merakam pergerakan sejumlah lalat yang berterbangan untuk elak daripada pukulan. 

menggunakan kamera digital yang dapat merakam dengan cepat dan resolusi tinggi.Mereka dapat mengkaji bahwa lalat dapat mengenali ancaman berdasarkan tempat. 

Otaknya akan menerima berapa jauh ancaman terhadapnya sebelum memutuskan untuk terbangkan sayap dan lari.
Setelah merasa ada  arah ancaman, kakinya tertumpu untuk terbang ke arah yang berlawanan. Semua persiapan melarikan diri dapat dilakukannya dengan sangat cepat, hanya 100 milidetik setelah ia merasa adanya bahaya.
"Ini menunjukkan begitu cepatnya otak lalat memproses maklumat pemerhati menjadi  gerakan yang sesuai," kata Dickinson.  lalat mengatur bentuk tubuhnya agar sesuai mengelak ancaman besar.
Ertinya, lalat telah integrasikan dengan baik antara informasi visual dari mata dan informasi metasensorik di kakinya. 

penemuan ini memberikan petunjuk mengenai sistem saraf lalat dan menunjukkan bahwa di otaknya terdapat sistem untuk mengesan ancaman.
"Ini sebuah perpindahan rangsangan menjadi gerakan yang sedikit sukar dan penelitian berikutnya mencari bahgian otak yang mengaturnya," katanya.
Dari sistem tersebut, Dickinson juga dapat menyarankan cara paling efektif memukul lalat. 

Menurutnya, masa terbaik memukul lalat bukan ketika terbang dan menunggu waktu yang diperlukannya untuk mengesan ancaman tersebut tetapi ketika lalat menunggu lebih lama adanya ancaman. Tentu tak mudah melakukan gerakan cepat kurang dari 100 milidetik.-sumber

Tuesday, 16 April 2013

Hotel Paling pelik Di Dunia



Namanya Hotel Tianzi.

Sebenarnya ada beberapa nama untuk hotel pelik ini, Hotel Tianzi, Hotel Emperor, Hotel Son of Heaven. Lokasinya  Hebei dan kabarnya sudah dibangun sejak tahun 2000/2001. Tingginya 41,6 meter dan pereka menyifatkan hotel ini Fu Lu Shou (nasib baik, kemakmuran, dan panjang umur).


hotel ini juga pernah masuk dalam Guiness World Record Book sebagai world's 'biggest image building'.

sumber

Laptop Pertama Didunia


pada tahun 1970-an pengeluaran komputer peribadi yang portabel pertama kali dicipta oleh Alan Kay di Xerox PARC.

Dia seorang yang berfikiran dan berpandangan jauh untuk memajukan dan menerbitkan keluaran itu. 

ciptaannya itu disambut baik oleh yang lain, yang akhirnya dipersetjui oleh mereka kemudiannya di panggil  projek laptop pertama adalah Osborne1. 

Pengeluar pertama pada tahun 1981 oleh Adam Osborne, seorang yang bekerja di penerbitan buku, beratnya  11 kg. komputer ini dilengkapi dengan skrin monitor 5-inci, kelihatan seperti sebuah alat elektronik

komputer yang bersaiz besar , skrin yang kecil dalam sebuah mesin yang besar.
Osborne1 menggunakan sambungan elektrik dengan bateri sambungan wayar, serta menggunakan dua floppy drive ukuran 5 ¼ inci, modem port, keyboard, bateri pack dan dijual dengan harga  $1800. 

sumber

Wow!! Sapi Terbesar Di Dunia


Mungkin tidak ada hubungannya dengan teknologi dan ilmu pengetahuan (science) tapi bila hal ini boleh menjadi suatu penemuan, mungkin boleh mengurangi tingkat kelaparan yang ada di dunia :).

Chilli adalah sapi jantan terbesar di dunia dengan berat lebih dari 1 tan dan tingginya hampir mencapai 2 meter (+/- 197 cm) atau hampir sama dengan ukuran sebuah gajah kecil.

Seperti yang saya katakan diatas bahwa sapi yang satu ini bukan suatu raksaksa genetik atau sejenisnya tetapi hanya merupakan sapi biasa yang gemar memakan rumput setiap hari.

dapat ka anda bayangkan bila semua ukuran sapi  sebesar ini maka satu sapi boleh untuk makan 1 kawasan.-sumber

ini la maksud perkataan F.u.c.k


- F.U.C.K -

Sebuah kata yang (mungkin) sangat sering kita ucapkan ataupun kita dengarkan, dengan kata-kata yang sedikit negatif.


In Ancient England, people could not have *** without consent from the King. When people want to have a child, they had to solicit a permission to the monarchy, in turn they would supply a plaque to hang on their door when they had sexual relations. The plaque read "Fornication Under Consent of The King" (F.U.C.K) This is the origin of the world.


Translate :
 zaman dahulu kala di Negara Inggris, penduduknya tidak boleh melakukan hubungan seksual tanpa izin dari sang Raja. ketika mereka ingin memiliki anak, mereka harus meminta izin kepada pihak kerajaan. Setelah itu pihak kerajaan akan memberikan "Tanda / Kad" untuk digantung di pintu pasangan tersebut selama mereka berhubungan. Tanda tersebut bertulis "Hubungan intim telah mendapatkan izin dari raja", atau dalam bahasa mereka ditulis dengan "Fornication Under Consent of The King" (F.U.C.K), Inilah asal kata Fuck.-sumber

Manusia Yang Tidak Pernah Tidur Selama 30 Tahun



Percaya kah anda kalau ada manusia yang selama tiga 30 tahun tidak boleh tidur malam. Namanya Thai Ngoc atau disebut juga Hai Ngoc. DIa mengatakan tidak boleh tidur malam selama 30 tahun lebih sejak diserang demam pada tahun 1973. 


“Saya tidak tahu entah insomnia atau apa, tapi saya tetap sihat dan boleh bekerja bercucuk tanam setiap hari seperti orang lain,” kata Ngoc. 

Hal tersebut ceritakanjuga oleh ketua komuniti Que Trung, Que Son district, mengatakan, Dia  boleh mengangkat dua 50 kg karung beras berjalan sejauh 4 km pulang balik setiap hari.

Isterinya mengatakan, “Dulu, suami saya boleh tidur dengan baik, tapi sekarang, walau sekalipun dia minum minuman keras pun, dia tidak boleh tidur,” ujarnya. Ngoc telah berjumpa  doktor di Da Nang, menurut doktor, ada sedikit gangguan pada fungsi hatinya.

Setiap hari Ngoc bekerja di kebunnya,yang terletak di kaki gunung.DIa juga beternak ayam dan babi. ketika  malam, kerana tidak boleh tidur,ia menjaga kebunnya serta ternaknya, untuk mencegah kecurian. Kerana tidak boleh tidur juga, pernah selama tiga bulan setiap malam ia menggali kolam besar untuk memelihara ikan.

Ngoc sepanjang hari, boleh dikata 24 jam, matanya terbuka terus. hampir tidak istirahat. DIa memiliki enam anak, semuanya tinggal di rumah mereka di Que Trung.-sumber

Sunday, 14 April 2013

Tikus Raksasa Seberat 4 Kilogram


kerisauan sebahagian penduduk di Florida, Amerika Syarikat (AS) apabila kejiranan di kawasan itu dipenuhi tikus raksasa spesis Gambia yang mampu mencapai berat yang dinyatakan di atas.

Dilaporkan, pencerobohan spesis asli Afrika itu benar-benar berleluasa.
Walaupun usaha selama 10 tahun untuk menumpaskan pembiakan tikus itu telah dilakukan, ternyata usaha berkenaan sia-sia sahaja.

Kemunculan binatang berkenaan di AS bermula sekitar 1999-2001 ketika sekumpulan penternak binatang liar melepas lapan ekor tikus itu ke persekitaran liar.

Menurut Penyelaras Spesies Eksotik Florida, Scott Hardin, pembiakan spesis tikus raksasa itu adalah sesuatu yang agak membingungkan.

“Kami beranggapan kami berjaya menumpas (pembiakan tikus Gambia) pada 2009, kami kira mereka tidak akan berkembang pesat, namun kini ternyata mereka berkembang biak sangat cepat,” ujarnya.

Tikus spesis Gambia ini adalah tikus terbesar di dunia. Mereka boleh berkembang hingga sepanjang 90 cm dan mencapai berat sehingga empat kilogram.

Bagi kumpulan pakar di AS, apa yang mencemaskan mereka ialah jika tikus berkenaan tiba di Florida, mereka akan memusnahkan bahan pertanian tempatan.-sumber ureeka

Anjing Berwajah Manusia Di Amerika Syarikat

Anda mungkin terkejut melihat wajahnya, anjing dari jenis Poodle-Shih Tzu yang diberi nama Tonik ini memiliki wajah mirip manusia.


Dipetik daripada Petfinder, laman web haiwan yang merawat Tonik, mengatakan bahawa anjing tersebut diselamatkan dari sebuah tempat pembuangan sampah di Kentucky, Amerika.

"Dia (Tonik) boleh hidup dengan anjing lain. Dia juga tidak berbahaya. Tetapi, sebaik-baiknya dia tidak dipelihara disekitar kanak-kanak kecil kerana hal ini boleh membuatkannya keletihan," lapor Petfinder dalam artikelnya yang dipetik New York Daily News.


r
Bagi mereka yang berminat untuk sama-sama memeliharanya, Petfinder meminta sumbangan dari penderma sebanyak USD 250 (RM750).-sumber
ung itu kini disimpan di jabatan sains marin di Kolej Komuniti Florida Keys. – Sinar Har

Inilah Alasan Mengapa Nabi Sangat Sayang Dengan Kucing


Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahwa kucing itu tidaklah najis. Bahkan diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing karena dianggap suci. Lantas kenapa Rasulullah Saw , berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? bagaimana Nabi mengetahui  pada badan kucing tidak terdapat najis?

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteri. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Pada permukaan lidah kucing tertutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar bisa membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang ada di badannya.

Telah dilakukan berbagai penelitian terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan keadaan kulit, punggung, bahgian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. Pada bahgian-bahgian tersebut dilakukan pengambilan contoh dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahgian-bahgian tertentu. selain itu diambil juga cairan tertentu yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapatkan adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.

2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80%jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.

4. Hanya sekali kuman yang dijumpa ketika proses penelitian, kuman itu masuk kelompok kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.

5. Tidak dijumpai  kelompok kuman yang beragam.

Berbagai sumber yang dapat dipercaya dan hasil penelitian laboratorium menyimpulkan bahwa kucing tidak memiliki kuman dan mikrorganisma. Liurnya bersih dan membersihkan.

pandangan Para Doktor yang pakar dalam Bidang Kuman
Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali dijumpai adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah !

Dr. Gen Gustafsirl menjumpai bahwa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia.

Dokter haiwan yang berkerja di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahwa kucing memiliki perangkat pembersih yang bemama lysozyme.

Kucing tidak suka air karana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteri, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll) Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tdk banyak berjemur dan tidak dekat2 dgn air. Tujuannya agar bakteri tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.

Tetapi ketika sebahgian doktor dan hasil yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, dijumpai bahwa badan kucing bersih secara keseluruhan dan Ia lebih bersih dari manusia, banyak  pembaca  yang bimbang akan Toxoplasma pada kucing, benarkah toxoplasma itu virus? atau  hanya sekadar parasit yang bisa melekat pada tubuh makhluk yang hidup?


Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahwa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada ketika itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu heran?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahwa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahwa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang shalat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahgian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Subhaanallah!! Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw yang buta baca-tulis ini takkan berani mengatakan bahwa kucing itu bersih? Segala sesuatu yang baru ditemukan oleh para ilmuwan ketika ini, ternyata sudah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

10.7 juta tonton klip video terbaru Psy di YouTube( nah tenguk la kamu sini)



SEOUL 14 April - Klip video terbaru Psy berjaya menarik lebih 10.7 juta kali tontonan hanya dalam tempoh 15 jam selepas ia dimuat naik ke laman YouTube.

Klip video "Gentleman" itu disiarkan laman tersebut sehari selepas penyanyi yang popular dengan lagu "Gangnam Style " itu, buat kali pertama mendendangkan lagu itu di hadapan peminat-peminatnya di Korea Selatan semalam.

Persembahannya itu turut diiringi gerakan tarian baharu. - AFP


Pondan menyamar ‘doktor’ perdaya 5 klinik


MELAKA: Polis menahan seorang pondan yang menyamar sebagai doktor perubatan dan memperdaya lima klinik di sekitar daerah MelakaTengah di sini untuk menerimanya sebagai pekerja sambilan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Melaka Supt Soh Hock Sing berkata lelaki berusia 26 tahun yang dikenali sebagai ‘Doktor Ika’ itu turut memalsukan Sijil Perakuan Amalan Tahunan bagi meyakinkan majikan untukmengupahnya dengan bayaran maksimum RM45 sejam.

Beliau berkata, lelaki tersebut dipercayai menyamar sebagai doktor dengan menggunakan salinan sijil dari Majlis Perubatan Malaysia ketika memohon pekerjaan berkenaan di lima klinik di Sungai Udang, Batu Berendam dan Melaka Baru sejak Januari lepas.

“Salinan sijil yang dicetak berkenaan mempunyai nombor siri yang sebenarnya milik pegawai perubatan lain tetapi dipalsukan suspek,” katanya pada sidanga khbar di sini, semalam.

Beliau berkata, lelaki yang berasal dari Sabah dan menetap di Ampang, Kuala Lumpur itu, didapati menyewa rumah di Batu Berendam di sini dan dipercayai turut menggunakan helah sama di Perak dan Pahang sebelum berpindah ke Melaka bagi mengelak dikesan.

Katanya, siasatan awal mendapati lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu dikatakan memberi lebih perhatian kepada pesakit lelaki yang datang mendapatkan rawatan.

Soh berkata bagaimanapun penyamaran doktor palsu yang berwajah ayu, bertubuh kecil dan sering berbaju kurung serta bertudung itu terbongkar apabila sebuahklinik di Batu Berendam menerima aduan daripada seorang isteri pesakit yangmemberitahu suspek sering menghubungi suaminya melalui telefon bimbit.

Beliau berkata, aduan itu kemudian membawa kepada pendedahan maklumat peribadi sebenar doktor palsu tersebut yang dilakukan klinik berkenaan sebelum membuat laporan polis pada 8 April lepas.

Katanya, bertindak atas aduan tersebut, satu pasukan khas ditubuhkan dan seorang pegawai JSJK menyamar menjadi pesakit suspek sebelum berjaya menahannya di Batu Berendam pada 11 April lepas.

Sehubungan itu beliau meminta mangsa yang terdiri daripada pemilik klinik yang pernah menggaji suspek dan bekas pesakit yang pernah mendapatkanrawatan tampil bagi membantu siasatan.

Lelaki tersebut ditahan reman selama empat hari sehingga Isnin depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menyamar untuk tujuan menipu, katanya. — Bernama


Ops Daulat 14 april akan berakhir


LAHAD DATU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan bahawa Ops Daulat yang diwujudkan sejak 5 Mac lepas bagi menangani insiden pencerobohan pengganas dari Filipina di pantai timur Sabah akan berakhir bebe-rapa hari lagi.

Katanya, operasi kepolisan dan ketenteraan bagi menghapuskan pengganas itu akan diteruskan di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

“Kita dapat bersama di majlis yang begitu bersejarah dan bermakna di FELDA Sahabat ini, sebuah kawasan yang menjadi perhatian seluruh negara dalam masa beberapa minggu. 

Pada mulanya, cadangan saya datang untuk isytiharkan supaya ataupun bahawa Ops Daulat sudah berakhir.

“Sebaliknya, kalau saya berbuat demikian ia mungkin memberi gambaran yang kurang tepat. Haki-kat sebenarnya Ops Daulat akan berakhir tetapi segala tindakan polis dan ketenteraan yang perlu diambil, yang perlu dilakukan, se-hingga setiap orang sama ada pengganas ataupun tali barut mereka dapat dihapuskan sama sekali.

“Tindakan-tindakan selanjutnya akan dilakukan selepas ini di bawah pemerintahan ESSCOM yang meng-ambil alih semua operasi bersepadu di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE),” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Penghargaan Ops Daulat di Dewan Desa Kencana, FELDA Sahabat 16 di sini semalam.

Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Ketua 
Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Pada majlis itu, Najib sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia akan menggunakan seluruh kekuatan yang ada untuk 

mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan serta keutuhan wilayahnya berpandukan Perlembagaan dan undang-undang negara.

Hakikatnya, kata beliau, negeri Sabah semenjak 16 September 1963 dengan keputusan serta sokongan majoriti besar rakyat negeri itu telah menyatakan bahawa mereka ingin supaya Sabah merdeka dalam Malaysia.

“Maka saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa hakikat dan fakta ini akan kekal selama-lamanya. Tiada sesiapapun sama ada pihak luar mahupun dalam negara akan dibenarkan mengganggu-gugat hakikat ini,” katanya. – Bernama

Saturday, 13 April 2013

Awas !!! selipar crocs ada kalimah Allah


kawan-kawan sekalian berhati-hati lah dalam membeli selipar Crocs kerana ada kalimah allah tepat tempat injak selipar tersebut..

mungkin kita tidak sedar kerana kalimah allah itu disamarkan seperti sebuah peta..jenama Crocs ini buatan Amerika. sungguh bijak mereka menggaburi mata umat islam.

sebarkan!!!!!!!

Ka'bah Menggetarkan Hati Ratusan Pekerja Cina



Setelah melihat Ka'bah dari tv, tiba-tiba hati mereka bergetar. Pintu hidayah seakan terbuka. dan Allah SWT pun melapangkan jalan mereka untuk mengucapkan dua kalimah syahadat. Lebih dari 600 pekerja asal Cina memeluk islam setelah mendapatkan pengalaman  di Arab Saudi.

Mereka adalah sebagian dari 4.600 warga Cina yang sedang mengerjakan projek rel kereta api yang menghubungkan Makkah dan Madinah. Rel kereta itu nantinya akan melalui Jeddah dan Khum. Peristiwa yang  heboh itu terjadi Tahun lalu.

Awalnya, kedatangan ribuan pekerja Cina itu sempat dipertanyakan warga Arab Saudi.  dari 4.600 pekerja itu hanya 370 orang yang Muslim. penduduk meminta agar pemerintah   mengajikan buruh Cina yang beragama Islam. Namun Allah mempunyai rancangan lain dengan kedatangan para pekerja cina itu.

Kedatangan ke Arab Saudi ternyata membuka peluang bagi mereka untuk melihat Islam langsung dari tanah tempat agama ini diturunkan. Seperti yang dikatakan seorang pekerja yang telah menjadi Mualaf. Pekerja yang telah mengganti namanya menjadi Hamza (42) ini mengaku tertarik pada Islam setelah melihat Ka'bah untuk kali pertama di tv Saudi. ''Ini menggetarkan saya. Saya menyaksikan siaran langsung sholat dari Masjidil Haram dan umat Islam yang sedang berjalan memutari Ka'bah (tawaf),'' katanya.

''Saya bertanya kawan yang Muslim tentang semua hal ini. Dia kemudian mengantarkan saya ke pejabat Bimbingan Asing yang ada di syarikat, di mana saya memiliki kesempatan untuk belajar tentang berbagai aspek mengenai Islam,'' katanya. Kini Hamza merasa lebih bahagia dan lebih santai setelah menjadi seorang Muslim.

Pekerja lainnya, Ibrahim (51), mengalami peristiwa yang hampir serupa pada September Tahun lalu. Dia yang bekerja di bahgian pemeliharaan syarikat negara, Kereta Api Cina, menjadi seorang Muslim setelah melihat Ka'bah. ''Meskipun kami berada di Cina, kami tidak memiliki kesempatan untuk belajar tentang Islam. Ketika saya mencapai Mekah, saya sangat kagum dengan sifat orang di sini . Perlakuan yang sama bagi orang Muslim dan non-Muslim memiliki kesan besar pada saya,'' tambahnya.

Sementara, Abdullah Al-Baligh (51), terinspirasi untuk memeluk Islam setelah melihat perubahan positif dari rakan-rakannya yang lebih dulu menjadi mualaf. ''Enam bulan setelah saya tiba di Makkah, saya melihat bahwa rakan saya, yang sudah menjadi Muslim, telah benar-benar berubah. Tingkah lakunya patut dicontoh. Saya menyadari bahwa Islam adalah kekuatan penuntun di balik perubahan tersebut,'' ujarnya.

''Ketika saya bertanya padanya, ia mengatakan bahwa ia sama sekali tak tahu tentang agama ini selama di Cina. Sekarang, ia memiliki pemahaman yang tepat tentang Islam dan ingin menjadi lebih teladan.''

Begitu pula dengan Younus. Pekerja asal Cina ini Baru mempelajari Islam ketika berada di Makkah. ''Islam di Cina begitu kurang. Aku Baru mengetahui Islam setelah datang ke Saudi,'' ujarnya.

Dialog Inilah Yang Menyebabkan Panglima Andalan Rom Masuk Islam


Kehebatan tentara Islam pada zaman Rasulullah dicatatkan dalam Peperangan Yarmuk pada tahun ke-13 Hijrah antara tentara Rom dan Islam. Peperangan itu membuktikan jumlah tentara yang banyak bukanlah senjata terkuat untuk mengalahkan musuh.

Peperangan Yarmuk tercatat sebagai peristiwa gilang gemilang dalam sejarah Islam. Dalam peperangan pada Jamadilakhir itu, 100,000 tentara Romawi kalah kepada tentara Islam yang hanya 30,000 orang.

Keluarbiasaan Khalid bin Walid rupanya telah mengagumkan para Panglima Rom dan tentera pasukannya, inilah yang mendorong salah satu panglima handalan rom Georgius mengundang Khalid Al-Walid dalam  sewaktu perang berhenti agar berjumpa kepadanya.

Ketika kedua panglima besar itu saling bersua muka  hingga kepala kuda mereka bersentuhan. George bertanya:

“Wahai Khalid, aku meminta kamu berbicara dengan jujur dan jangan berdusta sedikit pun karana orang yang merdeka tidak pernah berdusta. Jangan pula kamu menipuku, kerana sesungguhnya orang yang beriman itu tidak akan berdusta di sisi Allah.”

Khalid menjawab: “Tanyalah apa yang ingin engkau tanyakan.

George berkata: “Apakah Allah menurunkan kepada Rasulnya, Muhammad SAW satu pedang dari langit kemudian diberikannya kepadamu hingga jika kamu gunakan pedang itu untuk berperang, pasti kamu akan menang?”

Jawab Khalid: “Tidak!”

George bertanya lagi: “Apakah sebabnya kamu digelar Saifullah (Pedang Allah)?”

Khalid menjawab: “Ketika Allah mengutus Nabi Muhammad, seluruh kaumnya sangat memusuhinya, termasuk aku. Aku adalah orang yang paling membencinya. Setelah Allah memberikan hidayah-Nya kepadaku, maka aku pun masuk Islam. Ketika aku masuk Islam Rasulullah menerimaku dan memberi gelaran kepadaku `Saifullah’ (pedang Allah).”

George bertanya lagi: “Jadi apa tujuan kamu berperang?”

Jelas Khalid: “Kami ingin mengajak kamu bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah. Kami juga ingin mengajak kamu untuk mempercayai bahawa segala apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad itu adalah benar.”

George kemudian mengemukakan pertanyaan kepada Khalid: “Apakah hukumannya apabila orang itu tidak mahu menerimanya?”
Balas Khalid: “Hukumannya adalah harus membayar jizyah, maka kami tidak akan memeranginya.

George berkata: “Bagaimana kalau mereka tidak mahu membayar?”

Kami akan mengumumkan perang kepadanya,” kata Khalid.

George bertanya: “Bagaimanakah kedudukannya jika orang masuk Islam pada hari ini?

Khalid menjawab: “Di hadapan Allah, kita akan sama semuanya, baik dia orang yang kuat, orang yang lemah, yang dulu atau yang kemudian masuk Islam.”

George bertanya lagi: “Apakah orang yang masuk Islam sekarang akan mendapat pahala dan ganjaran seperti anda juga?”
Khalid : Memang, bahkan lebih...

George : Bagaimana dapat jadi padahal anda sudah lebih dulu memasukinya?

Khalid menjawab: “Karana sesungguhnya kami telah hidup bersama Rasulullah saw, kami telah melihat tanda kerasulan dan mukjizatnya dan sewajarnyalah bagi setiap orang yang telah melihat seperti yang kami lihat dan mendengar seperti yang kami dengar , akan masuk isalm dengan mudah.Adapun Anda, wahai orang yang belum pernah melihat dan mendengarnya lalu anda beriman kepada yang ghaib, maka pahala anda akan berlipat ganda dan besar, bila anda membenarkan Allah dengan hati ikhlas dan niat yang suci

George bertanya: “Apakah yang kamu katakan itu benar?”

Demi Allah, sesungguhnya apa yang aku katakan itu adalah benar,”jawab Khalid.

Panglima rom itupun berseru sambil merapatkan kudanya  dekat khalid dan berdiri disampingnya: "Ajarkanlah kepadaku islam itu hai khalid....!"

Lalu Khalid membawa George ke dalam khemahnya, kemudian menuangkan air ke dalam gayung untuk menyuruh George bersuci dan mengerjakan solat dua rakaat............satu satunya solat yang sempat dilakukannya.

Ketika Khalid dan George masuk ke dalam kemah, tentara Rom mengadakan serangan besar-besaran terhadap pertahanan umat Islam. Dalam pertempuran itu, George yang bergabung dengan barisan kaum Muslimin itu syahid terbunuh.

Thursday, 11 April 2013

Bahaya Blogger Menyiarkan Cerita Fitnah



sejak akhir-akhir ini blogger semakin berani membuat atau menyebar perkara yang tidak benar.tidak kira la anda penyokong mana-mana individu atau mana-mana parti,sebaiknya bersaing la secara sihat.

Demi untuk menarik ramai pembaca dan mendapatkan  populariti blogger sanggup mengeluarkan kenyataan tidak benar.yang mana mereka sendiri tidak melihat perlakuan tersebut.

Firman Allah:

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)


Allah menutup Aib setiap hambanya.jangan pula kita sesama manusia sanggup melakukan perkara tersebut.

Firman Allah:

“Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.”(Surah al-Hujurat, ayat 12).

setiap apa yang kita siarkan di alam maya ini sama ada baik mahu pun buruk sudah tentu dicatat dan tiba hari penghitungan, mulut tidak akan dapat berkata-kata melainkan anggota badan yang lain.

Amalan yang baik menjadi Dakwa untuk diri kita sendiri dan orang lain.sudah tentu ianya kekal hinga ke akhir zaman ini kerana ilmu yang bermanafaat tidak akan hilang dan pupus sehingga ke Liang Lahad.

Fitnah ini bukan sahaja merbahayakan seseorang malahan diri kita sendiri. allah akan menghitung setiap amalan baik dan buruk kita di dunia ini. 

tidak kira la apa agama sekali pun sudah tentu melarang perbuatan ini lebih-lebih lagi kita ini seorang islam.

untuk renungan kita bersama


Firman Allah: “Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan.”
(AL- Baqarah: 191
Firman Allah: “Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh.”
(Al- Baqrah: 217)
Rose violet real: Muhammad tercinta "katakan la walaupun ianya pahit"







Berita ops Daulat: pengganas calon datuk bandar


KOTA KINABALU – Polis percaya dua daripada 32 penceroboh yang ditahan di perairan Tambisan Lahad Datu pada Isnin lalu merupakan calon pemilihan Datuk Bandar di Kepulauan Tawi-Tawi Filipina yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, pihaknya telah menghantar surat kepada Kedutaan Filipina bagi tujuan pengesahan sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.
“Buat masa kini, kita sedang menunggu maklum balas daripada Kedutaan Filipina bagi mengesahkan sama ada yang membawa senjata api adalah pegawai keselamatan Filipina dan benar atau tidak dua yang ditahan itu akan bertanding jawatan Datuk Bandar,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Terdahulu beliau menerima sumbangan Tabung Perwira Lahad Datu daripada Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) berjumlah RM27,736.85 yang disampaikan oleh Pengarah Urusan SESB, Ir. Abd. Razak Salim.-sumber


Monday, 8 April 2013

Psy bekas seorang banduan ingin melihat Obama menari Gangnam Style



SEOUL, 7 DIS 2012: Bukan saja populariti yang dikecapi rapper dari Korea Selatan, Psy apabila mencipta fenomena menerusi lagu Gangnam Style, sebaliknya ramai bintang ternama dari Hollywood yang mahu berkolaborasi dengannya.

Memandangkan Psy sudah disifatkan sebagai ikon muzik baru dari Korea Selatan, pelbagai kisah silam beliau muncul dan dilaporkan pihak media di seluruh negara. Terbaru, Psy yang sudah pun berumahtangga dikhabarkan adalah seorang banduan dan pernah dipenjarakan dalam tempoh yang lama atas tuduhan menghisap dadah.

Pun begitu, Psy atau nama sebenarnya Park Jae-Sang melakukan kesalahan itu secara tidak sengaja kerana beliau dikatakan tidak mengetahui rokok yang dihisapnya itu mengandungi dadah terlarang.

Sementara menunggu tempoh dibebaskan dari penjara, Psy telah menggunakan masa tersebut dengan mencipta pelbagai lagu. Malah, sebaik saja dibebaskan dari penjara, Psy yang datang dari keluarga berduit terus mengatur strategi untuk bergelar bintang ternama.

Walaupun dia pernah ditolak beberap kali oleh pihak rakaman dari Korea Selatan kerana imejnya sebagai bekas banduan, Psy tidak mengalah dan berjaya membuktikan bahawa dia layak bergelar bintang.

Apapun, sebaik saja Psy memenangi anugerah di M-Net Asean Music Awards (MAMA), baru-baru ini, Psy telah mengeluarkan hasrat untuk melihat Barack Obama menari Gangnam Style.
Adakah Barrack Obama bakal merealisasikan impian Psy? Tunggu dan lihat sajal

Zizan Terkilan Tak Menang Bintang Paling Popular


Ketika ramai menjangkakan Zizan Razak bakal mengungguli kategori utama Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012, pelakon Adnan Sempit Shaheizy Sam kembali merampas semula gelaran yang pernah dimenanginya dua tahun lalu.

Tahun 2012 yang diibaratkan milik Zizan nampaknya tidak memihak kepadanya. Sungguhpun begitu, Zizan tetap menang besar malam tadi apabila membawa pulang lima anugerah termasuk empat anugerah kategori online iaitu Gandingan Di Layar Serasi (bersama Johan), Artis Berpengaruh Di Laman 

Media Sosial, Artis Lelaki Stailo, dan Artis Asia Paling Popular.

"Saya sejujurnya tak sangka akan menang kembali kategori Artis Komedi Lelaki Popular. Saya gembira sebab anugerah ini masih menjadi milik Jozan. Tahun lepas Johan menang, tahun ini rezeki saya. 

Alhamdulillah, berkat doa ibu dan abang saya serta hasil undian peminat semua membuahkan hasil buat saya. Keseluruhannya, saya teruja dengan kemenangan ini kerana ianya hasil undian daripada peminat saya," kongsi Zizan.

Jika di edisi lepas, Zizan membuat kejutan menewaskan pengacara otai Datuk Aznil Haji Nawawi bagi kategori Pengacara TV Lelaki Popular, tahun ini anugerah tersebut kembali berpindah milik ke tangan Pak Nil. Tidak terkejut dengan keputusan itu, Zizan gembira dengan kemenangan Pak Nil yang dianggapnya orang lama dalam bidang pengacaraan tanahair.

"Saya tak kisah tewas di tangan orang yang sepatutnya. Pak Nil merupakan seorang yang berpengalaman dan beliau memang layak memenangi anugerah ini," ulas Zizan yang tak jemu melayan pihak media.

Ditanya perasaannya tewas kepada Shaheizy Sam untuk gelaran Bintang Paling Popular 2012, Zizan memberitahu dia menerima keputusan itu dengan hati terbuka. Jelas Zizan, sokongan peminatnya yang tidak berbelah-bagi memangkah undi buatnya membuatkan Zizan menghargai setiap usaha penyokongnya itu.

"Tipulah kalau saya cakap tak ada letak harapan untuk menang Bintang Paling Popular. Terkilan itu memang ada sebab saya tak nak penyokong yang sudah berhempas-pulas undi saya berkecil hati sebab saya tak menang. Walau apa pun, paling penting, saya dah jalankan tugas dan tanggungjawab saya sebagai seorang penghibur kepada mereka semua," akhiri  Zizan yang turut bertindak selaku pengacara ABPBH 2012 bersama-sama Johan dan Fara Fauzana.-G

Nas-T Tak Mahu Gopoh Kahwini Nabila Huda


KUALA LUMPUR, 9 APRIL 2013: Nas-T atau Nas Muammar Zar Nasruddin mulai dikenali sebagai Abu melalui siri popular KAMI lakonannya bersama Liyana Jasmay dan Juliana Evans.
Tetapi kini, Nas-T yang juga seorang DJ muzik, kembali jadi perhatian apabila dia dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan anak lagenda rock, Amy Search iaitu Nabila Huda Suhaimi.
Dramatis sensasi yang baru sahaja menjulang trofi Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) Ahad lepas, telah membuat pengakuan seakan pemberitahuan kepada umum mengenai hubungan mereka.
Ini terbukti dengan kehadiran pelbagai ucapan dan foto eksklusif di Instagram masing-masing yang seakan sedang dilamun cinta.
Nas-T yang menemani Nabila Huda pada malam kemuncak ABPBH 2012 telah diminta mengulas mengenai hubungan yang terjalin diantaranya dan aktres sensasi tersebut.
"Sebenarnya sebelum ini saya dan Nabila kawan baik.
"Kiranya semua perkara, dia akan cerita pada saya tak kiralah hal kerja, cinta dan segala-galanya.
"Begitu juga saya jika ada masalah, Nabila adalah orang yang akan saya cari untuk bercerita.
"Nabila seorang yang sangat cool dan bijak mengawal keadaan serta tak cepat menggelabah.
"Pada dia semua perkara pasti ada penyelesaian.
"Itu antara perkara yang saya suka tentang dia sebab bila dengan dia saya rasa selesa,"ujar Nas-T mengenai karektor Nabila yang menambat hatinya.
Menurut Nas-T, hubungan mereka yang pada mulanya hanya sebagai teman mulai mesra apabila masing-masing bercerita mengenai kekecewaan percintaan terdahulu.
Kedua-dua mereka tidak lagi mahu mencari teman baru sebaliknya memilih orang yang sudah dikenali kerana yakin akan kekal lebih lama.
"Pada mulanya kami sering keluar bersama. Boleh dikatakan setiap hari lebih dari dua minggu.
"Selepas itu dia beritahu saya dia harus ke Brunei. Pada masa itu masing-masing macam dapat rasa kenapa macam susah nak berjauhan.
"Di Brunei pun kami tidak berhenti berhubung.
"Sebaik sahaja Nabila pulang, kami berjumpa dan saya beritahu Nabila yang saya rindukan dia.
"Bermula daripada saat itu saya rasa lain dan sampailah sekarang.
"Masing-masing sudah tahu cuma menantikan saat yang sesuai untuk merancang ke peringkat seterusnya," terus terang Nas-T mengenai perjalanan hubungan cinta diantaranya dan Nabila Huda.
Nas-T turut berkongsi tentang perancangan dirinya yang sebelum ini mahu segera menamatkan zaman solo dan Nabila juga pernah bercakap mengenai hal ini.
Dek kerana berputik cinta diantara mereka, Nas-T sebenarnya telah bersedia cuma dia belum bertemu dengan keluarga Nabila Huda.
"Boleh dikatakan saya sebenarnya telah lama bersedia untuk berkahwin.
"Cuma sekarang saya harus berjumpa keluarga Nabila dahulu.
"Mengenali mereka dan dalam masa yang sama mereka dapat mengenali saya lebih dekat.
"Saya pun tidak mahu tergopoh-gapah. Biar apa yang dirancang berjalan seperti biasa,"tambahnya lagi.
Nas-T dan Nabila Huda bersikap terbuka mengenai hubungan mereka kerana tidak mahu menimbulkan kesangsian.
Disebabkan itu mereka tidak mahu menyembunyikan hubungan cinta mereka ini sebaliknya memilih untuk dikongsikan dengan peminat..-m