duit diut hehe

Thursday, 11 April 2013

Bahaya Blogger Menyiarkan Cerita Fitnah



sejak akhir-akhir ini blogger semakin berani membuat atau menyebar perkara yang tidak benar.tidak kira la anda penyokong mana-mana individu atau mana-mana parti,sebaiknya bersaing la secara sihat.

Demi untuk menarik ramai pembaca dan mendapatkan  populariti blogger sanggup mengeluarkan kenyataan tidak benar.yang mana mereka sendiri tidak melihat perlakuan tersebut.

Firman Allah:

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)


Allah menutup Aib setiap hambanya.jangan pula kita sesama manusia sanggup melakukan perkara tersebut.

Firman Allah:

“Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.”(Surah al-Hujurat, ayat 12).

setiap apa yang kita siarkan di alam maya ini sama ada baik mahu pun buruk sudah tentu dicatat dan tiba hari penghitungan, mulut tidak akan dapat berkata-kata melainkan anggota badan yang lain.

Amalan yang baik menjadi Dakwa untuk diri kita sendiri dan orang lain.sudah tentu ianya kekal hinga ke akhir zaman ini kerana ilmu yang bermanafaat tidak akan hilang dan pupus sehingga ke Liang Lahad.

Fitnah ini bukan sahaja merbahayakan seseorang malahan diri kita sendiri. allah akan menghitung setiap amalan baik dan buruk kita di dunia ini. 

tidak kira la apa agama sekali pun sudah tentu melarang perbuatan ini lebih-lebih lagi kita ini seorang islam.

untuk renungan kita bersama


Firman Allah: “Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan.”
(AL- Baqarah: 191
Firman Allah: “Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh.”
(Al- Baqrah: 217)
Rose violet real: Muhammad tercinta "katakan la walaupun ianya pahit"







No comments:

Post a Comment