duit diut hehe

Friday, 5 April 2013

Ghost Child Papar Kisah Toyol Ingin Dimanja



Pontianak, toyol, langsuir dan sebagainya begitu sinonim dengan masyarakat Melayu. Walaupun begitu, sebuah produksi Cina dari Singapura telah menggunakan salah satu makhluk halus di atas sebagai hasil karya terbaru mereka yang berunsur seram.

Ghost Child atau toyol, terbitan MM2 Entertainment, Clover Films dan Zhao Wei Films berkisar tentang sebuah keluarga yang mengalami perkara-perkara pelik yang berlaku di dalam rumah mereka setelah Choon lakonan Chen Han Wei berkahwin dengan wanita Indonesia, Na, lakonan Carmen Soo yang dalam diam membela toyol.

Pada awalnya, hanya ibu Choon dan anaknya Kim (Jayley Woo) yang sering diganggu oleh makhluk halus tersebut. Bukan setakat menakut-nakutkan, sebaliknya toyol itu sering membantu Kim apabila dia dibuli oleh rakan sekolahnya.


Keadaan menjadi lebih tegang apabila ibu Choon terjumpa alat permainan kanak-kanak di dalam rumah mereka. Marah dengan perkara itu, toyol tersebut telah mencederakan ibu Choon sehingga wanita itu menghidap strok. Kim yang semakin keliru, mula mencari tahu tentang makhluk halus yang tinggal di rumah mereka. Yakin dengan firasatnya, Kim menuduh Na membela toyol.

Menurut Gilbert Chan selaku pengarah filem ini, mereka mengambil masa enam bulan untuk mengkaji tentang toyol dan makhluk halus sebelum menyiapkan skrip penuh. Filem yang mengadakan penggambaran di Singapura ini sedang ditayangkan di pawagam bermula kelmarin (4 April).

Dalam filem ini menerangkan bahawa toyol merupakan sejenis makhluk halus yang hidup di dalam janin yang telah mati. Biasanya ia digunakan untuk aktiviti jenayah seperti mencuri, menipu dan sebagainya. Toyol mempunyai rasa cemburu yang sangat kuat dan ingin sering dimanja dan dijaga.

Secara keseluruhan, filem seram ini menampilkan lebih banyak drama berbanding perkara-perkara yang menakutkan. Namun, sedikit sebanyak ia menunjukkan siapa toyol sebenarnya. Mungkin hal itu dijelaskan dalam filem ini kerana penonton sasaran Ghost Child tidak begitu tahu tentang makhluk halus ini.
Filem : Ghost Child / Toyol
Dibintangi oleh : Chen Hanwei, Jayley Woo, Carmen Soo, Cecilia Heng, Russell Ong, Vanessa Lee
Genre : Seram
Rating : 3/5

No comments:

Post a Comment