duit diut hehe

Monday, 8 April 2013

Nas-T Tak Mahu Gopoh Kahwini Nabila Huda


KUALA LUMPUR, 9 APRIL 2013: Nas-T atau Nas Muammar Zar Nasruddin mulai dikenali sebagai Abu melalui siri popular KAMI lakonannya bersama Liyana Jasmay dan Juliana Evans.
Tetapi kini, Nas-T yang juga seorang DJ muzik, kembali jadi perhatian apabila dia dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan anak lagenda rock, Amy Search iaitu Nabila Huda Suhaimi.
Dramatis sensasi yang baru sahaja menjulang trofi Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) Ahad lepas, telah membuat pengakuan seakan pemberitahuan kepada umum mengenai hubungan mereka.
Ini terbukti dengan kehadiran pelbagai ucapan dan foto eksklusif di Instagram masing-masing yang seakan sedang dilamun cinta.
Nas-T yang menemani Nabila Huda pada malam kemuncak ABPBH 2012 telah diminta mengulas mengenai hubungan yang terjalin diantaranya dan aktres sensasi tersebut.
"Sebenarnya sebelum ini saya dan Nabila kawan baik.
"Kiranya semua perkara, dia akan cerita pada saya tak kiralah hal kerja, cinta dan segala-galanya.
"Begitu juga saya jika ada masalah, Nabila adalah orang yang akan saya cari untuk bercerita.
"Nabila seorang yang sangat cool dan bijak mengawal keadaan serta tak cepat menggelabah.
"Pada dia semua perkara pasti ada penyelesaian.
"Itu antara perkara yang saya suka tentang dia sebab bila dengan dia saya rasa selesa,"ujar Nas-T mengenai karektor Nabila yang menambat hatinya.
Menurut Nas-T, hubungan mereka yang pada mulanya hanya sebagai teman mulai mesra apabila masing-masing bercerita mengenai kekecewaan percintaan terdahulu.
Kedua-dua mereka tidak lagi mahu mencari teman baru sebaliknya memilih orang yang sudah dikenali kerana yakin akan kekal lebih lama.
"Pada mulanya kami sering keluar bersama. Boleh dikatakan setiap hari lebih dari dua minggu.
"Selepas itu dia beritahu saya dia harus ke Brunei. Pada masa itu masing-masing macam dapat rasa kenapa macam susah nak berjauhan.
"Di Brunei pun kami tidak berhenti berhubung.
"Sebaik sahaja Nabila pulang, kami berjumpa dan saya beritahu Nabila yang saya rindukan dia.
"Bermula daripada saat itu saya rasa lain dan sampailah sekarang.
"Masing-masing sudah tahu cuma menantikan saat yang sesuai untuk merancang ke peringkat seterusnya," terus terang Nas-T mengenai perjalanan hubungan cinta diantaranya dan Nabila Huda.
Nas-T turut berkongsi tentang perancangan dirinya yang sebelum ini mahu segera menamatkan zaman solo dan Nabila juga pernah bercakap mengenai hal ini.
Dek kerana berputik cinta diantara mereka, Nas-T sebenarnya telah bersedia cuma dia belum bertemu dengan keluarga Nabila Huda.
"Boleh dikatakan saya sebenarnya telah lama bersedia untuk berkahwin.
"Cuma sekarang saya harus berjumpa keluarga Nabila dahulu.
"Mengenali mereka dan dalam masa yang sama mereka dapat mengenali saya lebih dekat.
"Saya pun tidak mahu tergopoh-gapah. Biar apa yang dirancang berjalan seperti biasa,"tambahnya lagi.
Nas-T dan Nabila Huda bersikap terbuka mengenai hubungan mereka kerana tidak mahu menimbulkan kesangsian.
Disebabkan itu mereka tidak mahu menyembunyikan hubungan cinta mereka ini sebaliknya memilih untuk dikongsikan dengan peminat..-m

1 comment:

  1. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


    Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


    SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
    Baca selanjutnya...

    ReplyDelete