duit diut hehe

Sunday, 14 April 2013

Ops Daulat 14 april akan berakhir


LAHAD DATU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan bahawa Ops Daulat yang diwujudkan sejak 5 Mac lepas bagi menangani insiden pencerobohan pengganas dari Filipina di pantai timur Sabah akan berakhir bebe-rapa hari lagi.

Katanya, operasi kepolisan dan ketenteraan bagi menghapuskan pengganas itu akan diteruskan di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

“Kita dapat bersama di majlis yang begitu bersejarah dan bermakna di FELDA Sahabat ini, sebuah kawasan yang menjadi perhatian seluruh negara dalam masa beberapa minggu. 

Pada mulanya, cadangan saya datang untuk isytiharkan supaya ataupun bahawa Ops Daulat sudah berakhir.

“Sebaliknya, kalau saya berbuat demikian ia mungkin memberi gambaran yang kurang tepat. Haki-kat sebenarnya Ops Daulat akan berakhir tetapi segala tindakan polis dan ketenteraan yang perlu diambil, yang perlu dilakukan, se-hingga setiap orang sama ada pengganas ataupun tali barut mereka dapat dihapuskan sama sekali.

“Tindakan-tindakan selanjutnya akan dilakukan selepas ini di bawah pemerintahan ESSCOM yang meng-ambil alih semua operasi bersepadu di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE),” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Penghargaan Ops Daulat di Dewan Desa Kencana, FELDA Sahabat 16 di sini semalam.

Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Ketua 
Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Pada majlis itu, Najib sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia akan menggunakan seluruh kekuatan yang ada untuk 

mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan serta keutuhan wilayahnya berpandukan Perlembagaan dan undang-undang negara.

Hakikatnya, kata beliau, negeri Sabah semenjak 16 September 1963 dengan keputusan serta sokongan majoriti besar rakyat negeri itu telah menyatakan bahawa mereka ingin supaya Sabah merdeka dalam Malaysia.

“Maka saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa hakikat dan fakta ini akan kekal selama-lamanya. Tiada sesiapapun sama ada pihak luar mahupun dalam negara akan dibenarkan mengganggu-gugat hakikat ini,” katanya. – Bernama

No comments:

Post a Comment