duit diut hehe

Wednesday, 3 April 2013

Penyanyi pop di bunuh dengan kejam




LONDON - Seorang lelaki dipenjara seumur hidup semalam kerana berkomplot untuk merompak dan membunuh bintang pop Britain, Joss Stone bersama seorang konconya dan membuang mayat penyanyi wanita itu ke dalam sungai.
Kevin Liverpool, 35, dan seorang lagi tertuduh, Junior Bradshaw, 32 ditangkap pada Jun 2011 beberapa kilometer dari kediaman Stone di daerah Devon, barat daya England.
Liverpool dihukum penjara seumur hidup manakala hukuman ke atas Bradshaw akan diputuskan kemudian.
Pelbagai jenis senjata termasuk pedang samurai, tukul besi dan batang besi ditemui di dalam kereta mereka selepas kedua-duanya ditangkap.
Penduduk di sekitar kejiranan Stone menelefon pihak polis selepas kedua-dua lelaki itu berhenti untuk bertanyakan arah kepada mereka. - AFP-

No comments:

Post a Comment