duit diut hehe

Tuesday, 28 May 2013

Ketumbuhan Terbesar Seberat 23kg Dalam Rahim seorang Wanita


Ukuran ketumbuhan yang pernah dikeluar dari tubuh manusia jarang melebihi 3 kg. Namun doktor di Argentina baru-baru ini berjaya mengeluarkan ketumbuhan raksasa dari rahim seorang wanita, seberat 23 kg atau setara dengan berat budak usia 4 tahun.


Wanita 54 tahun asal Lomas de Zamora, pinggiran kota Buenos Aires itu mengalami pembengkakkan perut dalam selama,5 tahun . Dari hari ke hari, perut yang makin membesar itu membuatnya sukar melakukan aktiviti harian.


Setelah diperiksa oleh doktor , diketahui pembengkakkan itu disebabkan oleh ketumbuhan yang tumbuh di rahimnya. Wanita yang tidak disebutkan namanya itu perlu menjalani pembedahan untuk membuangnya.

Ketika datang ke Gandulfo Hospital untuk menjalani pembedahan, berat badannya telah mencapai 140 kg. Setelah pembedahan selesai, berat badannya turun dengan cepat sebab ukuran ketumbuhan yang keluarkan  sangat besar yang mencapai 23 kg.
Oscar Lopez, doktor bedah yang mengetuai pembedahan tersebut mengatakan berat ketumbuhan tersebut banding dengan budak berusia 4 tahun. Diyakini, ketumbuhan yang dikeluarkan dari rahim wanita itu merupakan yang terbesar di dunia hingga hari ini.Dalam pengertian awam, wanita ini seperti sedang mengandung anak kembar 5. 

'Saya belum pernah menemui yang seperti ini dalam 34 tahun karir saya sebagai doktor bedah," ungkap Lopez', seperti dilaporkan oleh sumber: Dailymail

No comments:

Post a Comment